Kontroversi Rain Rave 2026 di Bukit Bintang Makin Hangat, Tapi Ada Manfaat Ramai Tak Nampak

6 hours ago 7

Nama Rain Rave Water Music Festival 2026 memang makin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ada yang teruja nak join, ada juga yang masih berkira-kira. Dalam kehangatan itu, festival ini turut menerima sedikit tentangan daripada beberapa pihak, namun ia tidak menghalang perhatian ramai terhadap acara ini.

Untuk yang belum tahu, festival berskala nasional ini dianjurkan oleh The Fame dengan sokongan penuh Tourism Malaysia, dan bakal berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei 2026 di Bukit Bintang.

Konsepnya memang lain daripada yang lain, gabungan muzik, air dan suasana festival imersif yang penuh energi. Pengunjung bukan sekadar menonton, tapi turut ‘terlibat’ dalam pengalaman tersebut. Itu yang buat ramai rasa festival ini unik berbanding acara hiburan biasa.

MURAI faham, bukan semua orang akan rasa festival macam ini sesuai dengan diri masing-masing. Tak pergi pun bukan satu masalah. Tapi dalam masa sama, ada sisi lain yang boleh beri manfaat  terutamanya dari segi peluang yang datang bersama acara ini.

Tawaran Menarik Dari JOMHOTEL.COM

Seiring dengan penganjuran festival ini, JOMHOTEL.COM telah dilantik sebagai platform tempahan hotel rasmi. Ini penting memandangkan beberapa laluan utama dijangka ditutup, sekali gus menyukarkan pergerakan keluar masuk kawasan acara.

Apa yang menarik, JOMHOTEL.COM menawarkan konsep same-day stay, di mana tempahan hanya boleh dibuat untuk hari yang sama. Walaupun nampak berbeza daripada kebiasaan, pendekatan ini sebenarnya membolehkan mereka menawarkan harga yang lebih rendah dan kompetitif.

Jadi, untuk sesiapa yang fleksibel, ini memang peluang baik untuk berjimat. Tak kisah anda datang untuk festival atau sekadar nak ‘short escape’ di sekitar Bukit Bintang, diskaun penginapan ini memang berbaloi dimanfaatkan.

Pendek kata, sama ada anda mahu sertai atau tidak, itu pilihan masing-masing. Tapi dalam isu yang sedang hangat ini, masih ada ruang untuk kita ambil peluang yang menguntungkan.

MURAI rasa,  tak join pun boleh… tapi kalau boleh jimat, kenapa tidak?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |