Bagi mereka yang menyambut hari lahir, selalunya tarikh itu diraikan dengan kek, ucapan daripada orang tersayang atau pergi bercuti. Namun untuk tahun 2026, ada satu cara yang lebih bermakna untuk meraikan hari istimewa tersebut iaitu menikmati pengalaman melihat hidupan liar secara dekat secara percuma di Zoo Negara Malaysia.
Sempena tahun 2026, Zoo Negara Malaysia menawarkan tiket masuk percuma khas hari lahir yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira peringkat umur. Tawaran ini memberi peluang kepada orang ramai untuk meraikan hari lahir sambil beriadah, belajar dan menghargai alam semula jadi.
Tebus Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Hari Lahir
Tiket percuma ini boleh ditebus dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh hari lahir sebenar. Sebagai contoh, jika tarikh lahir kalian pada 1 Januari, penebusan boleh dibuat dari 1 Januari hingga 30 Januari. Walau bagaimanapun, tiket tidak boleh ditebus lebih awal sebelum tarikh hari lahir.
Menariknya, penebusan dibuka setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, tanpa had jumlah pengunjung yang boleh menebus dalam satu hari.
Penebusan Secara Walk-In Sahaja
Untuk memastikan proses berjalan lancar, penebusan tiket hari lahir ini hanya boleh dibuat secara walk-in di kaunter tiket Zoo Negara.
Langkah-langkah penebusan adalah seperti berikut:
- Imbas kod QR yang disediakan di hadapan kaunter tiket
- Lengkapkan Google Form yang dipaparkan
- Pergi ke kaunter tiket untuk pengesahan dokumen pengenalan
- Setelah disahkan, tiket percuma akan diberikan serta-merta
Zoo Negara hanya menerima dokumen asal iaitu MyKad, MyKid atau sijil kelahiran. Salinan atau gambar dokumen tidak diterima.
Harga Tiket Masuk
Gambar: Official Website @zoonegaraMengenali Zoo Negara Malaysia
Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Malaysian Zoological Society, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membangunkan zoo tempatan pertama untuk rakyat Malaysia. Ia dibuka secara rasmi pada 14 November 1963 dan kini dikenali sebagai salah satu zoo terkemuka di peringkat antarabangsa.
Zoo ini menempatkan lebih 4,028 spesimen daripada 318 spesies, merangkumi mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Dengan keluasan 61.53 ekar, Zoo Negara terletak hanya kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dan telah melalui transformasi besar ke arah konsep zoo terbuka, di mana lebih 90 peratus haiwan ditempatkan dalam pameran yang luas dan menyerupai habitat semula jadi.
Visi dan Misi
Zoo Negara beraspirasi untuk menjadi antara taman zoologi dan akuaria terbaik dunia, berteraskan pemuliharaan, pendidikan, penyelidikan dan rekreasi. Antara misi utama mereka termasuk menyediakan habitat berkualiti tinggi untuk haiwan, memimpin usaha pemuliharaan hidupan liar serta bekerjasama dengan institusi zoologi di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Aktiviti & Pameran Menarik
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan sesi memberi makan haiwan pada hujung minggu dan cuti umum, antaranya:
- Children’s World (11.30 pagi – 12.00 tengah hari)
- Javan Deer (12.30 tengah hari – 1.00 petang)
- Spotted Deer Exhibit (2.00 petang – 3.00 petang)
Selain itu, Zoo Negara menampilkan pelbagai pameran popular seperti Giant Panda Conservation Centre, Rimba Biodiversiti, Humboldt Penguin, Savannah Walk, Tunku Abdul Rahman Aquarium, Ape Centre dan banyak lagi.
Cara Ke Zoo Negara
Zoo Negara terletak di Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Pengunjung boleh ke sana melalui:
- LRT: Turun di Stesen Wangsa Maju (Laluan Kelana Jaya), kemudian menaiki teksi
- Bas Rapid KL:Laluan 253 dari Putra LRT Station / Wangsa Maju, Laluan 220 dari Lebuh Ampang
Dengan tawaran tiket percuma sempena hari lahir ini, Zoo Negara Malaysia bukan sahaja menjadi destinasi riadah, malah pilihan bermakna untuk meraikan satu tarikh istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

20 hours ago
12







![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-13.webp)






![[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)
















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)








![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
