[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

16 hours ago 14

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir, baru-baru ini.

Hadiahkan Kereta Sempena Hari Lahir Ibu

Kongsi Wani atau Syazwani Abdullah menerusi hantaran di Instagram, berkongsi bahawa ibunya sudah lama mengidamkan sebuah kereta yang besar dan selesa untuk kemudahan urusan kerja mereka yang sentiasa outstation dan melalui perjalanan yang jauh.

Wani turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya yang sentiasa mendoakan kejayaannya dalam apa jua yang dilakukan.

“MasyaAllah Tabarakallah 💗 Pejam celik dah 8 tahun rupanya dari last surprise mama untuk birthday dia. Kalini, tahun baru, rezeki baru, pencapaian baru.

Sebenarnya, mama dah lama teringin nak ada kereta besar dan selesa sebab kerja kena jalan jauh dan outstation selalu. Dengan hadiah ini, kak harap ni dapat memudahkan urusan kita selalu dalam menjayakan usaha untuk kembangkan team Wani Kayrie Entertainment yang baru masuk 1 tahun semalam 🥰❤️.

Terima kasih juga mama selalu doakan kak murah rezeki dan berjaya dalam apa jua kerja kak. Kakak takkan dapat capai semua ni tanpa semangat dan doa dari mama dan adik-adik ✨ Lepasni, dah boleh short vacay selalu tanpa ‘sakit badan’ kan? 🤭 heheheh”-kongsi Wani di Instagram

“Dari Dulu Memang Anak Yang Selalu Meraikan Ibu…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti memuji sikap Wani yang sentiasa memuliakan ibunya, malah ramai yang menitipkan doa agar penyanyi berusia 25 tahun ini akan terus melakar kejayaan dalam bidang nyanyian.

“Alhamdulillah. Congrats my sister. Percayalah rezeki adik takkan pernah putus sebab mualakan mama. Love you both.”-Ayda Jebat

“Anak yang baik ❤️❤️ comel sangat mama.”-Farisha Iris

“Auntie, bawa Ara jalan-jalan please. Tahniah Wani, semoga rezeki awak semakin luas.”-Ara Johari

“Wani, dari dulu memang anak yang selalu meraikan ibu. Patutlah selalu murah rezeki ❤️.”-Tasha Manshahar

“May Allah open doors to many more rezeki for you and ur family 🤲🏼.”-Marsha Milan

“MasyaAllah tahniah Wani, memang dari dulu anak yang sentiasa meraikan ibunya. Semoga terus sukses dunia dan akhirat.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |