Hantaran pelakon Fify Azmi di platform Threads mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa tangkapan layar, didakwa bukti kepada keretakan hubungannya dengan bekas kekasih, Niezam Zaidi.
Hantaran pelakon itu sedikit sebanyak telah mengundang pelbagai reaksi warganet apabila ia membabitkan kehadiran pihak ketiga, didakwa pempengaruh Singapura, Sarah Yasmine.
Berdasarkan hantaran tersebut, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, mengakui tidak pernah menyangka untuk berkongsi perkara itu kepada umum. Malah dia memberi galakan kepada wanita lain untuk mempercayai naluri diri sendiri.
“Tak pernah terfikir pun nak kongsi benda macam ni. Tetapi jika ia membantu walaupun seorang wanita mempercayai nalurinya, maka ia berbaloi.”
Foto – @fifyazmi (Threads)Pada masa yang sama, pelakon itu meminta para wanita untuk tidak terlalu mempercayai imej Islamik seorang lelaki kerana ia boleh membawa kekecewaan.
“Ia adalah peringatan bahawa pengkhianatan tidak selalunya datang daripada orang yang tidak dikenali, dan kesetiaan bukanlah sesuatu yang anda harus andaikan hanya kerana seseorang itu kelihatan baik, atau nampak beragama.”
Foto – @fifyazmi (Threads) / @sarahyasminekh (IG)Walaupun Fify tidak mengulas secara terperinci identiti pihak ketiga, namun warganet kecewa apabila melihat gambar profil media sosial pempengaruh itu. Ruangan komen seterusnya dibanjiri dengan pelbagai reaksi termasuklah kecaman terhadap sikap Sarah dan Niezam.
“Memang hamak dengan artis ke Sarah Yasmine ni ahaha dok mengata Bella sangat kan tak puas hati orang tu dah bahagia, sekali nah aib dia dah keluar.”
“Saya enggan percaya ini benar, sebab adakah itu Niezam Zaidi? Terbawa-bawa watak sebelum ni ke Niezam?”
“Niezam Zaidi punya bio tu dan the whole IG acc tu giving soleh musleh ek. Itu ke maksud Fify. Im shocked!.”
Untuk makluman, setakat ini tiada respons daripada Niezam Zaidi atau Sarah Yasmine mengenai dakwaan ini.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

13 hours ago
6










![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)

























![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)



![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)




![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)



![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)