Jason Mraz Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert Pertamanya Selepas 7 Tahun

13 hours ago 8

Jason Mraz yang popular menerusi lagu hit berjudul ‘I’m Yours‘ akhirnya kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun menerusi jelajah Asia yang cukup dinantikan peminat. 

Kosert bertajuk Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur” yang dianjurkan oleh Zues Event. Ia bakal membawa aura positif dan santai ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 31 Oktober  2026. 

Foto – Zues Event

Sebagai penerima penghormatan Songwriters Hall of Fame, diskografi Jason dipenuhi lagu-lagu seperti “I Won’t Give Up”, “Lucky” bersama Colbie Caillat, “Have It All”, “I Feel Like Dancing” serta “The Remedy (I Won’t Worry)”.

Untuk makluman, Jason memulakan kerjayanya sebagai penghibur jalanan dan penyanyi di kafe sebelum mendapat kontrak rakaman. Hasil kerja kerasnya itu telah membuka laluan kepada kerjaya muziknya. Kini ia merangkumi sembilan album studio, termasuk album bertaraf platinum dan multi-platinum. 

Minat mendalamnya terhadap muzik turut diterjemahkan dalam pelbagai bentuk lain. Daripada memegang watak utama dalam muzikal Broadway “Waitress” karya Sara Bareilles. Menjadi  penerbit eksekutif dokumentari “The Opener”, hinggalah muncul sebagai naib juara Dancing  with the Stars Musim ke-32. 

Sebagai seorang aktivis kemanusiaan, dia turut menubuhkan Jason Mraz Foundation. Ia bertujuan untuk menyokong program pendidikan seni inklusif dan memperjuangkan kesaksamaan.

Foto – Zues Event

Dengan topi fedora ikonik dan petikan gitarnya, Jason Mraz dijangka menghidangkan persembahan  penuh irama dan lirik menerusi deretan lagu popular serta material baharu yang pasti mengubah  stadium menjadi pesta nyanyian beramai-ramai.

Tiket akan mula dijual menerusi etix.my pada Khamis, 11 Jun bermula jam 10.50 pagi. Setiap harga tidak termasuk caj dan cukai berkaitan. Semua kategori tiket  adalah tempat duduk. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Zues Event di Facebook dan Instagram.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |