Filem seram tempatan Polong terus membuktikan kekuatannya di pawagam apabila berjaya mencatat kutipan RM10 juta setakat hari ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan ketika ini.
Pencapaian tersebut hadir hanya beberapa hari selepas filem arahan Zulkarnain Azhar itu mencipta momentum luar biasa dengan kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan. Kini, sokongan berterusan seluruh negara membolehkan Polong melepasi satu lagi pencapaian penting apabila berjaya menembusi angka RM10 juta.
Sejak ditayangkan, Polong bukan sahaja menarik perhatian peminat filem seram tempatan. Malah turut menjadi topik perbualan hangat di media sosial menerusi pelbagai perkongsian pengalaman. Penonton mengakui terkesan dengan atmosfera seram dan jalan cerita yang penuh misteri.
Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi. Polong berjaya mencipta identitinya tersendiri menerusi gabungan elemen seram tradisional tempatan dengan naratif psikologi yang mendalam.
Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw. Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, Amir Nafis dan ramai lagi. Filem ini terus menerima maklum balas positif daripada penonton yang memuji aspek penceritaan, lakonan, visual sinematik serta reka bentuk bunyi.
Lebih membanggakan, kejayaan Polong membuktikan bahawa karya seram tempatan masih mempunyai tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia apabila dipersembahkan dengan kualiti, identiti dan kekuatan penceritaan yang tersendiri.
Dengan momentum yang masih kukuh serta sambutan yang terus menggalakkan, Polong dilihat berpotensi untuk terus mencipta lebih banyak pencapaian dalam minggu-minggu mendatang.
Psst.. Kak Mar pesan.. jangan lupa pergi tengok Polong!
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

3 hours ago
5














![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)























![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)




![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)


![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)
![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

