Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

16 hours ago 11

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai ‘kayu’.

“Saya tengok banyak jugak drama Sharifah Rose ni berlakon. Tapi tulah, sampai sekarang nampak kayu. Dia takde rasa nak masuk kelas lakonan ke eh?.”-komen seorang netizen di Threads

Tidak berdiam diri, Fasha Sandha menerusi hantaran di Threads tampil mempertahankan Sharifah Rose dengan menyifatkan lakonannya itu baik selain menepati masa dan rajin sepanjang mereka bekerjsama dalam salah sebuah drama bersiri.

“Saya rasa dia berlakon okay. Sebab 3 bulan saya bersama dia. Dia punctual dan rajin.

InsyaAllah, dengan pengalaman dia mampu pergi jauh.”-tulis Fasha Sandha di Threads

Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Hantaran Fasha mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat Sharifah Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini mempunyai semakin banyak peningkatan dalam kualiti lakonannya itu.

“Saya setuju sebab saya follow since start Rose berlakon, nampak banyak improvement dalam lakonan dia.”

“Tak faham yang cakap Sharifah Rose ni kayu, so far aku tengok dia berlakon okay je. Yang kayu tu mata netizen.”

“Bagi saya dia punya lakonan dah cukup terbaik untuk pengalaman dia yang masih baru. saya layan cerita doa yang terlindung sebab semua pelakon mendalami watak dengan baik. Kecuali beberapa watak pelajar baitul khadijah yang memang nampak kaku dan akward esbab fahamlah extra. Overall semua berlakon dengan cemerlang untuk sebuah naskah yang berat. tahniah kepada smua yang terlibat di dalam mahupun luar layar.”

“Ok je dia berlakon dalam drama ni.. scene dia nangis tu saya ikut nangis. Tapi jujur drama awal-awal dia mula berlakon dulu memang tak sampai, yela sebab baru lagi. Dia cantik dan bakat boleh di asah lagi jadi pelapis pelakon melayu setanding Fasha.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |