Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer).
Kongsi Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner di Threads, menceritakan bahawa selebriti terlibat pernah menghubunginya secara tiba-tiba untuk meminta wang. Namun, suami kepada selebriti terlibat yang menjawab panggilan telefonnya itu.
“Saya ada cerita pasal rakan artis yang scam tu. Kiteorang pernah rapat dan dia menghilang secara tiba-tiba. Beberapa tahun selepas itu, dia pernah WhatsApp nak pinjam duit, lepas dapat mesej tal sampai beberapa saat, saya terus call dia sebab saya rindu dia.
Tiba-tiba suami dia yang pickup!. Tak ke terkejut? Kita mesej kawan kita, tapi suami dia yang pickup dan cakap kawan kita dekat klinik. Habis yang reply mesej tu siapa?
Saya hanya harap , ada orang boleh selamatkan dia sebab saya tak rasa nombor tu dia yang pegang.”-kongsi Janna di Threads

“Takut Dia Dipergunakan Atas Sebab Orang Kenal Dia Artis…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memetik nama salah seorang pelakon wanita yang telah lama menghilang dari industri seni sejak empat tahun yang lalu.
“Laki dia tu aku kenal dari zaman sekolah, memang terkenal kaki spin dari dulu lagi. Aku tak terkejut kalau dia sekarang jadi scammer, tapi yang aku dengan member-member terkejut macam mana pelakon tu boleh kahwin dengan laki tu. Buta ke apa wei?.”
“Saya pun rasa benda yang sama. Sebab artis tu sangat baik dan bagus berlakon. Dia pun dah lama tak ada parents. Saya takut orang gunakan dia untuk kelebihan sendiri. Harap dalam circle dia masih ada orang yang baik dan boleh bawa dia keluar dari masalah ni.”
“Takut dia dipergunakan atas sebab orang kenal dia artis.”
“Trauma bagi seorang wanita bila salah pilih suami. Allahu kesiannya la.”
Dalam pada itu, Janna turut memberi respon terhadap komen salah seorang netizen yang berpendapat pelakon wanita tersebut dimanipulasi oleh orang yang terdekat.
“Tak tahu macam mana nak cari dia, sebab suami dia pegang phone dia rasanya. So kita tak tahu siapa yang reply mesej tu. Dia macam di sorok!.”-balas Janna

Apa komen anda?

10 hours ago
5


![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)