Kia K4 Curi Tumpuan Di KLIMS 2026, Tampil Bergaya Dengan Identiti Baharu

6 hours ago 2

Kia K4 antara model yang berjaya mencuri perhatian pengunjung di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 apabila membuat penampilan sulungnya di Malaysia menerusi varian GT-Line.

Kehadiran sedan terbaharu Kia itu menjadi tarikan di ruang pameran jenama berkenaan, sekali gus memberi gambaran arah tuju baharu Kia dalam menghasilkan kenderaan yang menggabungkan elemen sporty, moden dan praktikal untuk kegunaan harian.

K4 tampil dengan rekaan yang lebih berani dan dinamik

Menerusi falsafah reka bentuk terkini Kia yang dikenali sebagai Opposites United, K4 tampil dengan rekaan yang lebih berani dan dinamik. Garisan badan yang kemas serta rim aloi 18 inci menyerlahkan imej premium dan sporty yang menjadi identiti model tersebut.

Dari aspek prestasi, Kia K4 GT-Line dikuasakan enjin 1.6 liter TGDi empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan 193 PS dan tork 265 Nm. Gabungan kuasa itu menawarkan pengalaman pemanduan yang seimbang antara prestasi dan keselesaan.

Bagi memastikan pengendalian lebih stabil, model ini dilengkapi sistem suspensi hadapan McPherson Strut dan suspensi belakang Multi-Link, selain dipadankan dengan tayar bersaiz 235/40R18.

Masuk ke ruang kabin, K4 menampilkan sentuhan teknologi moden menerusi Integrated Panoramic Display Kia yang menggabungkan kluster instrumen digital 12.3 inci, skrin kawalan iklim 5 inci dan skrin sentuh infotainmen 12.3 inci dalam satu paparan yang kemas.

Antara ciri menarik lain termasuk Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas telefon tanpa wayar, kawalan iklim dwi-zon, tempat duduk hadapan berpengudaraan serta tempat duduk belakang boleh dilipat dengan nisbah 60:40.

Penampilan pertama Kia K4 di Malaysia menerusi KLIMS 2026 dilihat sebagai satu langkah penting buat jenama itu dalam memperkenalkan barisan sedan generasi baharu yang lebih moden dan sarat dengan teknologi terkini.

Setakat ini, Kia masih belum mengumumkan harga rasmi mahupun tarikh pelancaran model tersebut untuk pasaran tempatan, namun kehadirannya di KLIMS 2026 sudah cukup untuk membuatkan ramai peminat automotif mula memberi perhatian.

Untuk sebarang pertanyaan jualan dan perkhidmatan, atau bantuan tepi jalan 24-jam, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan KSM di 1300 88 0133 atau [email protected].

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

2

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |