Setiap kali Piala Dunia berlangsung, pasti ada pemain-pemain tertentu yang menjadi perhatian peminat bola sepak seluruh dunia. Ada yang mahu melihat aksi legenda yang masih berbisa, ada juga yang tidak sabar menyaksikan kelahiran bintang baharu yang bakal menguasai pentas dunia.
Menjelang Piala Dunia 2026, lima nama ini antara yang paling dinantikan penampilan mereka. Masing-masing hadir dengan cerita dan misi tersendiri.
1. Kylian Mbappe (Perancis)
Nama Kylian Mbappe sudah lama berada dalam kelompok pemain elit dunia. Juara Piala Dunia 2018 itu mencipta sejarah apabila menjadi pemain kedua yang menjaringkan hatrik dalam aksi final Piala Dunia ketika edisi 2022.
Namun, pencapaian itu hadir dengan kisah pahit apabila Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti selepas terikat 3-3. Kali ini, Mbappe pastinya mahu menebus kekecewaan tersebut dan membawa Perancis kembali menjulang trofi paling berprestij dalam bola sepak.
2. Lamine Yamal (Sepanyol)
Jika ada pemain muda yang sedang mencuri perhatian dunia ketika ini, nama Lamine Yamal berada di kedudukan teratas.
Bintang Barcelona berusia 18 tahun itu sering dibandingkan dengan legenda bola sepak, Pele, yang mula menyinar pada usia 17 tahun di Piala Dunia 1958. Bezanya, Yamal sudah memiliki pengalaman besar di pentas antarabangsa selepas membantu Sepanyol muncul juara Euro 2024.
Ramai yang percaya Piala Dunia 2026 bakal menjadi pentas terbaik untuk Yamal membuktikan dirinya sebagai wajah baharu bola sepak dunia.
3. Erling Haaland (Norway)
Selepas menunggu hampir tiga dekad, Norway akhirnya kembali ke pentas Piala Dunia dan sudah tentu Erling Haaland menjadi individu paling bertanggungjawab di sebalik kejayaan itu.
Penyerang Manchester City yang terkenal dengan imej ala Viking itu bukan sahaja digeruni pertahanan lawan, malah sudah tiga kali muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.
Peminat pastinya tidak sabar melihat bagaimana Haaland membawa sentuhan golnya ke kejohanan terbesar dunia.
4. Lionel Messi (Argentina)
Walaupun sudah berusia 38 tahun, Lionel Messi masih belum hilang magisnya.
Pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali itu mungkin tidak lagi memiliki kelajuan seperti dahulu, namun visi permainan, pengalaman dan ketajamannya masih menjadi aset utama Argentina.
Malah, Messi terus membuktikan kemampuannya apabila muncul penjaring terbanyak dalam kempen kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan. Jika ini menjadi penampilan terakhirnya di Piala Dunia, sudah pasti ia akan menjadi momen yang cukup istimewa buat peminat.
5. Cristiano Ronaldo (Portugal)
Pada usia 41 tahun, Cristiano Ronaldo terus mencabar batas usia yang sering dianggap penghalang buat atlet profesional.
Walaupun tidak lagi sepantas ketika era kegemilangannya bersama Real Madrid, Ronaldo masih menjadi sandaran utama Portugal. Di bawah kendalian Roberto Martinez, dia dijangka bergandingan dengan pemain-pemain berkualiti seperti Bruno Fernandes untuk memburu kejayaan di Amerika Utara.
Kehadirannya sahaja sudah cukup untuk membuatkan jutaan peminat menantikan setiap aksi Portugal.
Piala Dunia 2026 bukan sahaja menjanjikan persaingan sengit antara negara-negara terbaik dunia, malah bakal menemukan generasi lama dan baharu dalam satu pentas yang sama. Sama ada Mbappe, Yamal, Haaland, Messi atau Ronaldo, kelima-lima pemain ini mempunyai sebab tersendiri mengapa nama mereka menjadi sebutan menjelang kejohanan terbesar bola sepak dunia itu.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

14 hours ago
6





![[VIDEO] Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-79.webp)


![[VIDEO] Marah Paparazi Di Hospital, Sikap Salman Khan Jadi Bualan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-31-1.webp)











![[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-4.webp)























![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)
![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)


![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)





