Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert ‘on-time’ ketika menjadi hos Konsert Majlis Tertinggi Rock Queen Ella di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
“Maaf cakap, dekat stage Ella takde teleprompter ke? The amount for salah lirik sangat tidak boleh diterima. Setiap speech Ella sangatlah jelas tidak well prepared, teleprompter sangat diperlukan untuk part ini. Manja & celoteh boleh diterima lagi.
Starting time OUT! Radin please la, start on the dot, 8.00 pm. Awak mempunyai hak untuk beritahu penganjur acara.”-komen salah seorang netizen di Thread
Tidak berdiam diri, Radin atau nama penuhnya Radin Amir Effendy Ahmad Aruani menerusi hantaran di Threads, menjelaskan bahawa walaupun dia boleh memberitahu pihak penganjur untuk memulakan acara dalam masa yang ditetapkan, semua pihak seperti artis, pemuzik, kru dan lain-lain harus ‘standby’ dan bersedia untuk mendapat ‘lampu hijau’ daripada flow manager sebelum acara bermula.
“Sejujurnya benar saya ada untuk beritahu pada event organizer untuk mulakan show seperti masa yang ditetapkan. Sedangkan semua kena tunggu segala benda standby dan bersedia (artis, musicians, kru dan lain-lain).
FYI, segala-galanya kena tunggu green light dari flow manager untuk segala benda bermula. Saya tunggu di stage selepas maghrib, 7.45 malam. Mana boleh saya (sebagai emcee) mulakan show tanpa green light. Mic pun tak on. Anyway saya minta maaf atas kekurangan.”-balas Radin di Threads

“Bukan Saja-Saja Kami Nak Lama-Lama Atas Stage Tu..”

Tambahnya lagi, mereka berada di atas pentas juga berdasarkan timing yang diberikan oleh penganjur acara, dan bukanlah sengaja untuk mereka sebagai emcee berlama-lama di atas pentas.
“Kita sama-sama meraikan muzik dan seni. Cuma saya rasa perlu untuk tanggungjawab kami sebagai emcee (intro konsert) based on order dan kehendak EO juga artis.
Kami dekat atas stage pun based on timing yang EO bagi (5,10, 15 minit) bukan saja-saja kami nak lama-lama kat atas tu. Saya yakin semua orang cuba nak berikan yang terbaik & puas hati.”-tulis Radin lagi.

Apa komen anda?

16 hours ago
9







![[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-12.48.10-PM.webp)
![[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-11.54.29-AM.webp)


![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/bb6fe928-26f5-45c1-9a52-c2a54b15fdbe.webp)



















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)





![[VIDEO] Pilih Untuk Mulakan Kehidupan Baru, Merqeen Kongsi Bakal ‘Terjun’ Ke Hollywood?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/2-10.jpg)
![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






