Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen ‘Kelate’ Buat Netizen Terhibur!

11 hours ago 5

Perkongsian terbaru pelakon Indonesia, Jefri Nichol kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini Jefri dilihat memuat naik beberapa keping gambar bersileut di tepi pantai yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

Salah satu gambarnya itu memaparkan dua figura yang, membuatkan ramai yang berspekulasi adakah badan Jefri atau sebenarnya ada individu lain bersamanya.

Tetapi apa yang lebih membuatkan MURAI tertarik dengan hantarannya itu adalah ruangan komen yang dibanjiri dengan dialek Kelantan, seolah-olah pelakon itu memahami apa yang dikomen oleh mereka.

“Jepri bakpo gambar bayange celoh kekeng pulok huk aloh pening bebi.”

“Hotoh natey, ikut bebi la tu. Bebi pakai seluar sekerat nak paka retek dio. Bebi pakai napok spender nok jugok dio. Holoh holoh.”

“Jepri mu behe gamba jubo sapo ni?”

“Galok dooh mung ni Jefri. Ore ghoyak doh bebi bukey nok ko mung sangak pung, dio wak main ko mung supo meney dio jah. Narak ko bebi ambik gamba napok jubo, mung pung nok etek, pastu bebi ambik gamba napok kopek mung pung nok ikok etek ko? Gelenya sungguh supo supik gelenya mung ni. Bebi nok cari orey hok panda makey budu nge ikey singgey bukey jate hok makey nasik ayey penyek supo mung ni.”

Foto – @jefrinichol (Threads)

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna media sosial tertanya-tanya sama ada peminat Jefri dari Indonesia memahami apa yang dikomen oleh warganet Malaysia.

“Aku ngerti kak hahaha. Bebi pake celana dalam, dia mau jugak. Serabuk dooh haha.”

“Hahaha aku paham apa yang diomongin warga Kelantanese. Sakit perutku wei!”

Apa-apa pun, dialek Kelantan memenuhi ruang komen gambar tersebut kerana Jefri Nichol sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pempengaruh Ameera Khan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |