Ramai Tak Tahu, Waris Pesara Kerajaan Boleh Tuntut Bantuan Mengurus Jenazah RM3,000

12 hours ago 8

Ramai yang mungkin masih belum tahu waris pesara kerajaan yang telah meninggal dunia sebenarnya layak membuat tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara sebanyak RM3,000.

Bantuan ini disediakan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam menguruskan urusan pengebumian serta perbelanjaan berkaitan selepas pemergian pesara.

Namun, tuntutan ini perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Apa Itu Bantuan Mengurus Jenazah Pesara?

Berdasarkan perkongsian Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) merupakan bantuan kewangan sebanyak RM3,000 yang diberikan kepada waris yang menguruskan jenazah pesara kerajaan.

Kemudahan ini bertujuan membantu keluarga menampung sebahagian kos pengurusan selepas berlaku kematian.

Walau bagaimanapun, bantuan ini hanya melibatkan kematian pesara kerajaan dan tidak diberikan bagi kes kematian pasangan pesara yang bukan merupakan pesara kerajaan.

Selain itu, kemudahan ini turut meliputi pesara Persekutuan, pesara negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang layak di bawah skim pencen kerajaan.

YouTube video

Siapa Yang Layak Membuat Tuntutan?

Bantuan ini boleh dituntut oleh waris kepada pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal dunia pada 15 Oktober 2010 dan selepasnya.

Ia merangkumi:

  • Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Pesara Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara badan berkanun
  • Pesara pihak berkuasa tempatan
  • Pesara Skim KWSP

Namun, bantuan ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia.

Keutamaan waris yang boleh membuat tuntutan adalah seperti berikut:

  1. Balu atau duda
  2. Anak
  3. Ibu atau bapa
  4. Pihak lain yang menguruskan jenazah

Berapa Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

Waris yang layak boleh menuntut bantuan sebanyak:

  • RM3,000 (sekali bayar)

Jumlah ini diberikan sebagai sokongan kewangan bagi membantu meringankan kos pengurusan jenazah.

Jangan Terlepas Tempoh Permohonan

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.

Sebarang permohonan yang dibuat selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

Jadi, waris disarankan untuk membuat tuntutan secepat mungkin bagi mengelakkan kehilangan hak yang disediakan.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Antara dokumen yang perlu disertakan ialah:

Balu atau duda

  • Salinan sijil nikah

Anak

  • Salinan sijil kelahiran anak

Ibu atau bapa

  • Salinan sijil kelahiran pesara

Pihak lain yang menguruskan jenazah

  • Surat Akuan Sumpah
  • Dokumen sokongan atau resit rasmi sebagai bukti pengurusan kematian

Cara Membuat Tuntutan

Waris perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) dan menghantarnya bersama dokumen sokongan melalui saluran rasmi berikut:

Selain itu, status permohonan juga boleh disemak menerusi portal MyPencen.

Bagaimana Pembayaran Akan Dibuat?

Bagi penerima di Malaysia, pembayaran akan disalurkan melalui:

  • Kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan; atau
  • Waran bayaran.

Bagi penerima yang berada di luar negara pula, pembayaran boleh dibuat melalui:

  • Pindahan telegrafik (Telegraphic Transfer)
  • Deraf bank

Waris dinasihatkan untuk memastikan maklumat perbankan dan alamat yang diberikan adalah tepat bagi melancarkan proses pembayaran.

Jangan Terlepas Manfaat Yang Disediakan

Dalam keadaan kos pengurusan pengebumian yang semakin meningkat, bantuan seperti ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga yang sedang melalui detik sukar.

Murai ingatkan sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang merupakan pesara kerajaan dan baru kehilangan insan tersayang, pastikan anda menyemak kelayakan dan membuat tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |