Salomon Umum JISOO BLACKPINK Sebagai ‘Global Ambassador’

6 hours ago 7

JISOO kini melangkah ke dunia outdoor lifestyle apabila diumumkan sebagai wajah global terbaru bagi jenama gaya hidup dan prestasi, Salomon.

Kerjasama ini bukan sekadar sebuah kolaborasi biasa, sebaliknya mencerminkan perkembangan Salomon yang kini semakin melangkaui dunia prestasi sukan dengan menggabungkan elemen fesyen, budaya serta gaya hidup moden.

Sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri hiburan global, JISOO dikenali menerusi pengaruhnya dalam muzik, fesyen dan dunia hiburan. Hubungannya dengan dunia fesyen, alam semula jadi serta budaya menjadikan kerjasama bersama Salomon dilihat cukup serasi dengan identiti jenama tersebut yang terus berkembang.

Berkongsi mengenai kerjasama itu, JISOO berkata pengalaman membesar berhampiran kawasan pergunungan di Korea Selatan membuatkan kecintaannya terhadap alam semula jadi sudah sebati dalam kehidupannya.

“Sejak kecil, alam semula jadi dan aktiviti luar adalah sebahagian daripada kehidupan seharian saya. Meluangkan masa di luar sentiasa memberikan saya rasa bebas dan tenang.

“Apa yang saya hargai tentang Salomon ialah keseimbangan antara fungsi, pergerakan dan gaya. Sejak awal lagi, kerjasama ini terasa begitu semula jadi kerana ia selari dengan cara saya menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Sementara itu, Kristof Cavazzana menyifatkan JISOO sebagai simbol generasi baharu yang meraikan keterbukaan, rasa ingin tahu serta kebebasan dalam menggabungkan dunia sukan dan fesyen.

“Pandangan serta pengaruh global JISOO selari dengan bagaimana Salomon terus berkembang hari ini, membawa gaya hidup outdoor dan fesyen ke dalam perbualan budaya yang lebih luas,” katanya.

Menerusi kerjasama ini, Salomon dan JISOO dijangka akan memperkenalkan lebih banyak projek kreatif serta kolaborasi pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada hubungan jangka panjang antara kedua-dua pihak.

Dengan pengaruh besar JISOO dalam dunia fesyen dan hiburan, kolaborasi ini dijangka menjadi satu lagi langkah penting dalam perjalanan Salomon memperkukuhkan kedudukannya dalam budaya popular global.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

2

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |