Siapa sangka tindakan menutup logo boleh menjadi strategi pemasaran yang tidak disengajakan?
Itulah yang berlaku kepada Levi’s apabila logo ikonik mereka di Levi’s Stadium, California menjadi perhatian ramai menjelang kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.
Segalanya bermula apabila FIFA melaksanakan peraturan “clean venue” yang mewajibkan semua stadium tuan rumah menanggalkan atau menutup sebarang penjenamaan yang bukan daripada penaja rasmi FIFA sepanjang kejohanan berlangsung.
Akibatnya, logo terkenal Levi’s berbentuk “batwing” yang menghiasi stadium berkenaan terpaksa ditutup dengan kain putih. Namun apa yang menarik, tindakan itu sebenarnya membuatkan logo tersebut lebih menonjol dan menjadi bahan perbualan netizen.
Video serta gambar logo yang ditutup itu pantas tular di media sosial, dengan ramai menyedari bahawa mereka masih boleh mengenali stadium tersebut walaupun identiti jenamanya cuba disembunyikan.
Levi’s sendiri dilihat tidak melepaskan peluang untuk bergurau dengan situasi berkenaan. Jenama denim terkenal itu menukar gambar profil Instagram mereka kepada versi logo yang ditutup dan memuat naik beberapa video stadium menggunakan audio viral “Nobody’s Gonna Know”.
Di ruangan komen Threads pula, ramai netizen Malaysia dilihat terhibur dengan situasi tersebut. Seorang pengguna berseloroh:
“FIFA kan tutup logo Levi’s sebab Levi’s tak sponsor FIFA hahaha. Also Levi’s, bongok lah Levi’s!”
Komen itu mengundang pelbagai reaksi apabila ramai berpendapat tindakan menutup logo tersebut sebenarnya memberi publisiti percuma kepada jenama berkenaan. Malah ada yang beranggapan Levi’s menjadi lebih viral selepas logo ikonik mereka cuba disembunyikan daripada pandangan umum.
Tindakan kreatif itu mendapat pujian ramai termasuk pengasas Denim Dudes, Amy Leverton yang menyifatkan Levi’s seolah-olah memenangi “Piala Dunia pemasaran” menerusi cara mereka mengendalikan situasi tersebut.
Sepanjang kejohanan berlangsung, Levi’s Stadium akan menggunakan nama sementara iaitu San Francisco Bay Area Stadium, selaras dengan peraturan FIFA. Perkara sama turut dilakukan di stadium-stadium lain di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang menjadi tuan rumah kejohanan itu.
Walaupun logo mereka tidak boleh dipaparkan di stadium, Levi’s tetap mengambil peluang meraikan kemeriahan Piala Dunia. Sebelum sepak mula, jenama itu telah melancarkan koleksi baju bertemakan negara-negara peserta serta bekerjasama dengan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Mexico, England dan Perancis bagi menghasilkan koleksi khas untuk penyokong.
Nampaknya dalam kes ini, semakin cuba disembunyikan, semakin kuat jenama itu diperkatakan. Kadang-kadang, promosi terbaik datang ketika orang ramai cuba menutupnya.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

8 hours ago
7








![[VIDEO] “Kini Saya Wanita Paling Bahagia”- Madam Mariyah Fokus Bina Empayar Auramaria](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-2-1.webp)







![[VIDEO] Tutup Hidung Ketika Berada Di Lapangan Terbang Shanghai, Ini Penjelasan Jessica Jung](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-10.webp)



![[VIDEO] Noor Azizah Anggap Malaysia Zalim? Rakyat Beri Nasihat Buat Pelarian Rohingya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-87.webp)

















![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)











