Penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menerima Anugerah Tokoh Dakwah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1448H/2026M yang berlangsung di Wisma Darul Iman, hari ini.
Pada majlis sama, Muhammad Abdullah atau Ustaz Mad Kecik (UMK) turut menerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (OKU) atas sumbangannya dalam menyebarkan dakwah dan mendekati masyarakat melalui pelbagai platform.
Selain itu, guru al-Quran berusia 95 tahun, Jusoh @ Muda Ismail dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanannya dalam mendidik masyarakat dengan ilmu agama.
Mengulas pengiktirafan yang diterimanya, UAI berkata anugerah tersebut bukan hanya untuk dirinya semata-mata, sebaliknya turut menjadi milik para jemaah yang sentiasa hadir ke majlis ilmu.
“Jemaah yang hadir ke kuliah sanggup meninggalkan urusan lain untuk menghadiri majlis ilmu. Mereka juga selayaknya menerima penghargaan ini,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.
Sementara itu, UMK melahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diterimanya dan berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada golongan OKU lain untuk terus berjaya serta menyumbang kepada agama dan masyarakat.
Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semangat hijrah perlu terus dijadikan pedoman dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Menurutnya, hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi proses perubahan yang mampu memperkukuhkan masyarakat serta membina masa depan yang lebih baik.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

4 hours ago
7









![[VIDEO] “Kini Saya Wanita Paling Bahagia”- Madam Mariyah Fokus Bina Empayar Auramaria](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-2-1.webp)







![[VIDEO] Tutup Hidung Ketika Berada Di Lapangan Terbang Shanghai, Ini Penjelasan Jessica Jung](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-10.webp)

















![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)
![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)











