Kalau anda rasa perjalanan hidup seseorang mesti sempurna dari awal, tunggu dulu. Kisah Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 33, membuktikan sebaliknya. Dari sekolah hingga kini, perjalanan hidupnya penuh liku tapi itulah yang menjadikannya luar biasa.
Beberapa tahun terdahulu, nama Ben dan isterinya tercatat dalam buku Successful People Ini Malaysia terbitan Britishpedia, bergandingan dengan tokoh-tokoh besar negara macam Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes (AirAsia), Tan Sri Azman Hashim (Ambank) dan Datuk Micheal Yeoh. Memang bukan calang-calang!
Dalam perkongsiannya di Threads, Ben jujur tentang zaman persekolahannya:
“SPM dulu saya dapat 1A sahaja, itupun subject Engineering Drawing. English dan BM saya dapat B. Yang lain result hancur. Lepastu cita-cita dari kecil nak jadi Architect pon terpaksa dilupakan kerana keluarga tak mampu.
Masa umur 18, saya pernah salahkan nasib. Kenapa lah keluarga aku tak macam keluarga yang lain. Fast forward ke hari ini. Saya sangat lah bersyukur dengan apa yang saya perlu lalui dahulu. Kalau bukan kerana segala cabaran dan dugaan tersebut, saya tak kan berada disini.”
Melebarkan sayap ke London dan Brunei
Dari seorang yang pernah kecewa dengan keputusan sekolah dan terpaksa melupakan cita-cita menjadi arkitek, Ben kini melonjak ke dunia perniagaan dengan jenama Absolut Events. Bukan sekadar bertapak di Malaysia, jenama ini sedang rancak melebarkan sayap ke London dan Brunei.
Kisah Ben ini jelas menunjukkan satu perkara, kejayaan bukan tentang permulaan yang sempurna, tapi tentang ketabahan, syukur dan usaha berterusan. Kalau Ben Ali boleh, siapa lagi yang tak boleh?

10 hours ago
5
















![[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-35.webp)





















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)



![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)



