[VIDEO] Hawa Rizwana Berjaya Takluk Via Ferrata Tertinggi Di Dunia, Rakan Selebriti & Netizen ‘Gerun’!

13 hours ago 6

Pengacara, Hawa Rizwana berkongsi momen istimewa apabila dia berjaya menakluk Via Ferrata tertinggi di dunia, yang bermaksud ‘jalan besi’ dalam bahasa Itali, iaitu laluan pendakian yang dilengkapi kabel, tangga, dan jambatan gantung pada permukaan batuan menegak.

Via Ferrata Kinabalu yang terletak di Laban Rata, Gunung Kinabalu, Sabah ini adalah antara yang tertinggi dunia dan yang pertama di Asia.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Hawa atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Rezuan dilhat dengan berani melintasi jambatan gantung dan palang besi pada ketinggian antara 3,520 meter hingga 3,776 meter dari aras laut.

“Fun #viaferrata.”-kapsyen ringkas Hawa Rizwana di Instagram

Rakan Selebriti & Netizen ‘Kecut Perut’!

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa kagum dengan keberanian pengacara MELETOP ini, malah ramai yang merasa ‘kecut perut’ melihat laluan pendakian Hawa yang curam itu.

“That one friend posting wild adventure content on a random Wednesday. Congrats Hawa.”-Bella Dally

“Power laa, jangan lupa turun na Hawa Rizwana.”-Fakhrul UNIC

“Congrats Hawa, tapi tak payah dah la, please i tengok pun kecut perut.”-Nurul Zulkifli

“Dia buat macam easy to her tapi saya rasa terkucil nak tengok Hawa naik puncak tu. Takutnya, saya ni jenis gayat yaakmat.”

“Best & seksa, sudah pernah rasa. Lepas summit, terus turun layan via ferrata, lepas tu terus ke Panalaban, kemas barang then turun timpohon gate. Barai.”

“Hebat, teruskan beri semangat buat wanita di luar sana. Anak tengah memang selalunya kental begini. Harap ini kali pertama dan terakhir sebab kami warga Sabah pun turut mengigil ketakutan.”

Hawa sebelum ini telah berjaya mencipta rekod peribadi apabila berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu pada Ogos 2023.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |