Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, baru-baru ini berkongsi satu memori manis zaman dia terlibat dengan MTV Asia Award pada tahun 2005. Dalam video yang tular, Siti teringat satu kejadian yang buat dia tersenyum sampai sekarang.
Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak ketika itu ada seorang peminat istimewa yang menghantar sepucuk surat beserta topi ke bilik Siti. Siapa sangka, pemberi itu bukan calang-calang ia adalah vokalis Linkin Park, mendiang Chester Bennington! Rozi yang masih menyimpan surat itu berkata:
“Rockers tu bagi surat dan topi, vokalis Linkin Park. Surat tu ada lagi, kak Rozi simpan. Tak ingat dia tulis apa tapi hantar sekali dengan topi. Masa tu saya rasa, gila lah dia kasi surat dekat Siti dekat bilik.”
Yang kelakar, Siti sendiri dalam video itu tak ingat nama Chester. Dia secara spontan fikir surat tu datang dari kumpulan Eminem.

Fakta menariknya, Bennington turut menghadiri dan membuat persembahan di MTV Asia Aid 2005 di Bangkok bagi menyokong usaha bantuan tsunami, menunjukkan hubungan rapat band itu dengan peminat Asia.
MTV Asia Aid 2005
Pada masa yang sama, Siti membuat penampilan ikonik di MTV Asia Aid 2005. Beliau diperkenalkan oleh Alicia Keys sebagai “Voice of Asia” dan menyampaikan persembahan lagu “Seindah Biasa” secara langsung, menandakan penampilan terakhir beliau di anugerah tersebut. Tahun itu juga, Siti diiktiraf sebagai artis ke-2 terbaik Asia oleh MTV Asia, mengukuhkan lagi statusnya sebagai ikon muzik serantau.
Kisah surat dan topi daripada Chester bukan sahaja nostalgia, tapi juga bukti penghargaan dan kasih sayang peminat rock terhadap Siti, bahkan di peringkat antarabangsa. Video ini mendapat perhatian ramai peminat kerana manis, lucu, dan unik seorang legenda rock menghantar penghargaan kepada biduanita Malaysia.
Siti Nurhaliza terus menjadi ikon yang dekat di hati peminat, bukan sahaja kerana bakat nyanyiannya, tetapi juga kerana kisah-kisah unik dan manis seperti ini yang membuatkan peminat rasa lebih dekat dengannya.

12 hours ago
6








![[VIDEO] Hawa Rizwana Berjaya Takluk Via Ferrata Tertinggi Di Dunia, Rakan Selebriti & Netizen ‘Gerun’!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-4.webp)




























![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




