Marissa Didakwa Mahu Teruskan Perkahwinan, Kakak Umisya Mazlan ‘Rayu’ Danish Hakim Bertindak

13 hours ago 6

Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan, Nadia kembali mencuri perhatian ramai selepas ‘merayu’ Mohamed Danish Hakim untuk segera memeriksa keadaan adiknya, Marissa Dania Hakim.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Nadia atau lebih mesra disapa dengan nama Kak Ya, meluahkan rasa bimbangnya terhadap keadaan Marissa yang berada seorang diri di rumah.

Kak Ya dengan kesalnya meminta Danisha untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang dan berhenti memuat naik hantaran di media sosial.

“@danishhakimofficial jangan up saja status macam ni. Jangan seronok up status. Tolong! Awak anak sulung jalankan tanggungjawab awak ganti tempat Papa awak. Tolong jadi support sistem untuk adik awak sekarang. Call Mama, Abah, Mummy, Papa awak semua. Pergi check kondisi adik (Marissa) awak. Tanya dia ok ke tidak.

Kak Ya mendakwa, Marissa berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil dan mahu ‘berpatah semula’ daripada keputusan yang dibuatnya baru-baru ini. Pada masa yang sama, Kak Ya juga merayu kepada ahli keluarga Marissa untuk tidak lagi menganggu adiknya, Umisya Mazlan.

“Dia sekarang sorang-sorang dekat rumah tu tengah nak uturn balik dari semalam. Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama dengan biar dia macam tu. Tolong ambil iktibar dengan apa yang dah jadi sebelum ni. Tolonglah stop kacau emosi dan mental @umisyamazlan.”

Perkongsian Kak Ya itu telah mendapat perhatian ramai apabila ada segelintirnya menangkap layar hantaran tersebut dan memuat naik semula di platform Threads.

Walaupun ada yang meminta pihak mereka tidak berkongsi hal sedemikian di umum. Namun segelintirnya pula mengecam tindakan keluarga Marissa yang seolah-olah tidak bertindak sewajarnya selain memuat naik hantaran di media sosial.

“Weh family dorang ni takda group WhatsApp ka? Sampai orang lain pula tau condition Marissa.”

“Teruk betul communication satu family. Yang mak dengan Abang non-stop update Threads, update TikTok. Kekadang faham jugaklah kenapa Marissa tu tak share pape kat dorang.”

“Pelik betul family Norman ni sebab tak dapat forecast tindakan anak sendiri. As observer, its obvious Marissa tu memang akan menghantui Aslam, Marissa hanya akan berpisah sebagai isteri once dah official talak 3. Even lepas dah cerai talak 3, this lady akan keep her life updated with Aslam marriage life.”

Untuk rekod, Marissa Dania Hakim mendakwa dirinya sedang melalui proses perceraian dengan suaminya, Ahmad Aslam.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |