Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang dikatakan terlalu murah.
“Maaf cakap, bapa beria berfesyen, anak takat pakai baju live TikTok RM15-RM17 je. Serius la bro, kata boleh beli TRX hahaha.”-komen salah seorang netizen
Andika menerusi hantaran di Threads, menjelaskan bahawa anaknya itu sangatlah menggemari kartun animasi, Huntrix dan tidak kisah sama ada pakaian tersebut mahal atau murah asalkan mereka sekeluarga bahagia memakai pakaian yang sama tema.
“Cakap pasal saya tak apa lagi, kalau pasal anak, saya sensitive sedikit. Kadang-kadang pelik dengan netizen Malaysia, kalau bab mengecam, nak complain no 1, tanpa tahu apa yang terjadi, apa yang lalui, apa yang real situasi. Anak saya sangat lah suka huntrix, kita sebagai parent beli baju lawa di mata kita, tapi tak lawa di mata anak. Alisha dah 5 tahun, dan pandai memilih. “PAPA, ICHA NAK HAP HAP ( Huntrix ), NAK SAMA PINK MACAM PAPA NGAN MAMI”.
Bagi saya, simple, tak kisah lah mahal ke murah ke. Yang penting kami sekeluarga happy pakai baju sama tema dan waktu ni kami pergi tempat playground barbie yang penuh dengan pink. Kedua, ni baju sayabdan family saya, apa kaitan dengan hidup orang yang nak persoalkan macam saya pakai duit mereka 😂.”-tulis Andika di Threads

Fazura Beri Respon!
Perkongsian Andika turut mendapat respon oleh pelakon, Nur Fazura yang menyifatkan tiada yang buruk dengan pakaian yang bernilai belasan ringgit, namun apa yang buruk adalah sifat sombong pihak terlibat yang berkata-kata tanpa memandang diri sendiri.
“Nothing wrong dengan baju RM15 dari TikTok selagi baju tu elok untuk anak pakai dan dia happy. Yang buruk ialah sifat sombong syaitan yang bercakap tanpa memandang diri sendiri.”-tulis Fazura di Threads

Apa komen anda?

14 hours ago
10







![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)
![[VIDEO] Putera Mateen Timang Puteri Sulung, Istilah ‘Meluaran’ & Cara Umum Macam Raya Curi Tumpuan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/prince_abdul_mateen_anisha_rosnah.avif)
























![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)










![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)



