Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17). Walaupun masih muda, mereka sudah menunjukkan potensi besar sebagai girl group yang boleh menari dan menyanyi dengan baik.
Menurut Hannis, peluang bekerjasama di bawah Shiha Zikir Empire dianggap rezeki yang sangat besar, lebih-lebih lagi kerana single pertama mereka, Money, turut menampilkan Shiha Zikir sendiri.
Eva pula mengakui mereka teruja dan gementar kerana Shiha bukan hanya menyanyi, tetapi turut menari bersama dalam muzik video. Hannah menambah, banyak ilmu yang mereka belajar daripada artis berpengalaman itu.

Lagu Money, hasil kerjasama Shiha Zikir Empire dan Sony Music, mengetengahkan realiti hidup semua orang perlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Sebelum rakaman, Shiha memastikan mereka menjalani latihan intensif, lebih-lebih lagi kerana nyanyian adalah perkara baharu bagi kumpulan ini.
Penggambaran muzik video yang dijalankan di bangunan terbiar juga menjadi pengalaman unik buat mereka seram, tapi menyeronokkan. Mereka turut berterima kasih kepada koreografer Ezra Tham atas bimbingan tarian.
Shiha melihat Inferno3 sebagai bakat muda yang berpotensi besar, terutama kerana mereka mampu menari dan kini semakin baik dalam nyanyian. Beliau juga memuji disiplin akademik mereka, yang tetap menjadi keutamaan.
Menariknya, Shiha mendedahkan Money asalnya dicipta untuknya seorang sebelum beliau memutuskan untuk “menghadiahkannya” kepada Inferno3 kerana yakin dengan kemampuan mereka.
Single Money sudah dilancarkan pada 9 Januari 2026, dan muzik video rasmi kini boleh ditonton di YouTube Shiha Zikir Empire.

1 month ago
93











![[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-22.webp)

























![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)

![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




