HABIB Lancar Koleksi Istimewa Bersama Didi & Friends

3 hours ago 3

Jenama barangan kemas tempatan HABIB memperkenalkan  koleksi terbaharu, hasil kolaborasi istimewa bersama Didi & Friends. Koleksi kolaborasi ini menggabungkan  elemen pendidikan, hiburan dan nilai simpanan melalui emas.

Koleksi ini menampilkan empat buah buku cerita kanak-kanak klasik yang sarat dengan pengajaran, iaitu ‘Arnab dan Kura-Kura’, ‘Monyet dan Lada’, ‘Penggembala dan Serigala’ serta ‘Singa dan Tikus’.

Foto- HABIB

Koleksi ini bertujuan untuk  mencetus minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di samping menyampaikan nilai moral  dan teladan yang berguna dalam kehidupan seharian.

Foto- HABIB

Koleksi Buku Cerita Kolaborasi HABIB x Didi & Friends Storytime

Lebih istimewa, setiap buku didatangkan bersama wafer emas 999.9 seberat 0.20gram. Dengan rekaan yang unik, ia menjadikan koleksi ini bukan sekadar bahan bacaan, tetapi juga satu  langkah awal untuk memupuk amalan menabung dalam bentuk aset berharga.

Foto- HABIB

HABIB x Didi & Friends Storytime: Wafer Emas 999.9 Seberat 0.20g

Koleksi HABIB x Didi & Friends ditawarkan pada harga RM198 bagi sebuah buku bersama  wafer emas 999.9. Manakala set lengkap empat buku boleh dimiliki pada harga RM792.

Set  ini turut hadir bersama beg eksklusif buku cerita HABIB x Didi & Friends Storytime, sesuai  untuk penyimpanan dan dibawa ke mana-mana. 

Foto- HABIB

HABIB berharap dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk  memperkenalkan konsep simpanan emas kepada anak-anak sejak kecil. Selain itu, sambil menggalakkan  budaya membaca yang sihat dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikut  media sosial rasmi HABIB.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |