Datang Malaysia Julai Ini! Rupanya Kenny G Ada Rekod Dunia Yang ‘Mind-blown’

2 hours ago 2

Pemain saksofon legenda dunia dan pemenang Anugerah Grammy, Kenny G, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert terbaharu yang cukup dinanti-nantikan.

Dianjurkan oleh Everbeat Entertainment dengan kerjasama CEOMAN Entertainment, “King of Saxophone” Kenny G 2026 World Tour in Malaysia akan berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 12 Julai 2026 (Ahad), jam 6 petang.

Dengan lebih empat dekad dalam industri muzik, Kenny G bukan sekadar nama besar dalam dunia jazz, tetapi juga ikon global yang melahirkan karya-karya malar segar seperti Songbird, Forever in Love dan Silhouette. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menjual lebih 75 juta album studio di seluruh dunia, menjadikannya antara pemuzik instrumental paling berjaya sepanjang zaman.

Lebih menarik, Kenny G juga pernah bekerjasama dengan ramai bintang antarabangsa seperti Celine Dion, Andrea Bocelli, Andy Lau, Kanye West, The Weeknd dan terbaru, Charlie Puth.

Rahsia peribadi

Namun di sebalik populariti dan kemasyhuran itu, ada satu “rahsia peribadi” Kenny G yang jarang diperkatakan ramai rekod dunia luar biasa yang masih kekal sehingga hari ini. Beliau memegang rekod dunia bagi note E-flat berterusan paling panjang, yang mampu dimainkan hampir 46 minit tanpa henti. Rekod ini bukan sahaja memerlukan teknik pernafasan luar biasa, tetapi juga kawalan muzik yang sangat tinggi tahapnya.

Rekod tersebut turut dipaparkan dalam dokumentari Listening to Kenny G (2021), sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemuzik instrumental paling unik dalam sejarah muzik moden.

Apabila Kenny G tampil di pentas, setiap alunan saksofon bukan sekadar persembahan, tetapi pengalaman emosi yang membawa penonton ke dunia romantik dan nostalgia tersendiri—menjadikannya antara konsert yang sering dinantikan pasangan dan pencinta muzik.

Peminat boleh menjangkakan persembahan penuh elegan, susunan muzik ikonik serta produksi pentas bertaraf dunia yang menggabungkan elemen romantik, nostalgia dan kehebatan muzik jazz dalam satu malam istimewa.

Tiket boleh didapati melalui MAISEAT dan rwgenting.com dengan harga RM668 (VIP), RM558 (PS1), RM458 (PS2), RM358 (PS3) dan RM258 (PS4).

Untuk perkembangan terkini, ikuti Everbeat Entertainment di Facebook dan Instagram @everbeat_entertainment.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |