Tudung Ala “BabyDoll’ Dikecam, Netizen- “Patutlah Para Wanita Banyak Penghuni Neraka”

3 hours ago 3

Sebuah produk tudung yang dijual di platform e-dagang baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial apabila rekaannya dikatakan menyerupai rambut sebenar. Tudung berkonsepkan “ala Babydoll” itu direka untuk memberi ilusi rambut yang tebal, panjang dan beralun, sekali gus menjadikan si pemakai kelihatan lebih ‘comel’ dan bergaya walaupun masih bertudung.

Namun, idea di sebalik rekaan tersebut tidak diterima baik oleh sebahagian netizen yang menganggap ia bercanggah dengan tujuan asal pemakaian hijab. Seorang pengguna media sosial lantang menyuarakan pendapatnya dengan menulis,

“Sorry aku takkan support benda-benda macam ni… Kau kalau nak pakai tudung dalam masa yang sama nak nampak macam rambut. Baik tanggal je tudung tu… patutlah para wanita banyak penghuni neraka,  salah satunya sebab ni..”

Kenyataan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen, di mana ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut. Antara komen yang tular berbunyi,

“Dia taknak pakai tudung kenapa tak freehair je? Takut mak sesah ngan getah paip dr takut dgn Allah.. Kenapa kena buat generasi skrg confuse.. 😆 serabut perut nengok diorg ni..”

VIA Threads

Walaupun begitu, ada juga yang melihat ia sekadar fesyen dan ekspresi gaya tanpa perlu diperbesar-besarkan, selagi mana batas pemakaian menutup aurat masih dijaga.

Dalam pada itu, isu berkaitan pemakaian rambut palsu atau elemen menyerupai rambut dalam fesyen muslimah bukan perkara baharu. Sebelum ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pernah menjelaskan bahawa hukum memakai rambut palsu (wig) di atas tudung untuk tujuan fesyen atau hiasan adalah haram, kerana ia boleh dianggap menyerupai rambut sebenar serta mengelirukan konsep penutupan aurat.

Beliau turut menegaskan bahawa pemakaian hijab seharusnya membawa kepada tujuan menutup aurat dengan jelas, bukan menimbulkan unsur penipuan pada penampilan.

Namun begitu, persoalan yang timbul hari ini ialah sejauh mana garis pemisah antara fesyen dan tuntutan agama apabila rekaan tudung semakin kreatif dan pelbagai? Adakah konsep tudung menyerupai rambut ini boleh disamakan dengan penggunaan wig, atau ia sekadar inovasi fesyen semata-mata?

Perdebatan ini jelas menunjukkan bahawa dunia fesyen Muslimah kini semakin berkembang, namun pada masa yang sama turut membuka ruang perbincangan tentang batas, niat dan pemahaman dalam berpakaian.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |