Rakan Selebriti Beri Kata-Kata Semangat Buat Ammara Yang Teruk Dikritik Netizen!

6 hours ago 6

Pelakon dan penyanyi, Eira Syazira mempertahankan anak perempuannya, Ammara Sofea, peserta Talk To My Manager musim kedua yang teruk dikecam netizen di media sosial terhadap penglibatannya dalam program realiti tersebut.

“Ko buat apa macam tu budak oi hahaha.”

“Kuat betul kabel Pak Azad ek. Dah la lupa lirik, suara tak ada.”

“Sorry to say, Ammara sepatutnya, dah 3 minggu tak nampak peningkatan. Suara? OUT.”

“Mungkin pasal manager dia kuat RARA!.”

“Ko menari boleh le, nyanyi hauk.”

Tu bukan menari tapi menggelitat. Menggelupur je.”

“Kritik Boleh, Tapi Janganlah Sampai Hilang Rasa Kemanusiaan..”

Eira menerusi hantaran di Instagram, tampil memberikan teguran terhadap segelintir netizen yang memberikan kritikan seolah-olah anaknya itu melakukan kesalahan atau jenayah yang besar sedangkan dia hanya seorang anak kecil berusia 13 tahun yang sedang cuba mencari keberanian.

“Jangan patahkan sayapnya hanya kerana emosi kebencian. Cara sesetengah orang menghukum dan membenci anak 13 tahun ini seolah-olah dia telah melakukan kesalahan atau jenayah yang besar.

Sedangkan dia cuma seorang anak kecil yang sedang cuba mencari keberanian, pengalaman dan ruang untuk berkembang. Biarkan dia terbang, belajar dan membesar menjadi versi terbaik dirinya.

Kritik boleh, tapi janganlah sampai hilang rasa kemanusiaan. Kadang kita ni lupa untuk memanusiakan manusia.

Terlalu sibuk menghakimi, menyindir dan mencari salah orang lain, hingga lupa —diri sendiri juga manusia, penuh kekurangan dan tidak sempurna.”-tulis Eira Syazira di Instagram

Rakan Selebriti Beri Kata Semangat!

Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti seperti Achey, Sharnaaz Ahmad, Nourul Depp, Lisdawati dan ramai lagi dilihat memberikan kata-kata semangat buat Ammara untuk terus melangkah ke hadapan selain mengabaikan sahaja kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya itu.

“Ammara, 100 orang suka kita, 100 orang juga akan tak suka kita. Kita buat lah macam mana baik sekali pun kalau 100 orang tu takkan suka dengan kita sebab mereka dahulukan negatif sebelum positif.  Jadi jaga 100 orang yang suka kita tu. Sebab mereka yang akan melihat kemajuan kita dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih baik.”-Achey

“This is the hardest part. Lepas je fasa ni. Kasi hentak sampai rata. Kita darah anak antoo masih pekat! Apa nak takut, you go girl!.”-Sharnaaz Ahmad

“Hugs. Go Ara. Tak semua berani di atas pentas. But you did it. Ini adalah permulaan yang baik. Ambil ia sebagai motivasi untuk belajar dan menjadi lebih baik. Dari Auntie Nourul ❤️.”-Nourul Depp

“🔥🔥🔥 Terbaik mom.. ❤️❤️❤️ Terus melangkah.”-Lisdawati

“Ini adalah sebahagian daripada proses. Terus menjadi kuat dan jangan risau dengan apa yang orang lain fikir dan kata. Fly high girl.”-Dira Abu Zahar

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |