Kenyataan yang dibuat oleh Muhammad Aazief Khalid baru-baru ini mengenai kemasukan kereta elektrik (EV) bawah RM200,000 ke pasaran Malaysia mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pemerhati industri automotif dan pengguna.
Menurut Aazief di threads, langkah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang tidak membenarkan kemasukan EV pada harga di bawah RM200,000 ke pasaran tempatan adalah satu keputusan yang wajar dalam usaha melindungi ekosistem industri automotif negara.
“MITI tak bagi kereta EV bawah RM200k masuk market Malaysia adalah sesuatu benda yang bagus. Kita dah nampak dah strategi company daripada China macam mana. Diorang masuk market, jual barang harga murah yang tak masuk akal dan sanggup hilang duit untuk membunuh company yang local,” katanya.
Aazief turut mendakwa strategi harga rendah agresif oleh sesetengah pengeluar luar negara bukanlah sesuatu yang berlaku secara semula jadi dalam pasaran bebas, sebaliknya disokong oleh struktur subsidi kerajaan negara asal mereka.
“Diorang boleh buat macam ni kerana government mereka subsidise kos manufacturing. In other words, it’s an unfair and uncompetitive advantage. Now more than ever, we need to protect local corporations,” tambahnya.
SEKADAR info, Aazief Khalid, 29, merupakan anak bongsu kepada usahawan terkenal Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan bekas isteri YM Tengku Zawyah Tengku Izham.
Persepsi Berbeza Dari Asyraf Khalid
Namun, pandangan tersebut turut mendapat respons daripada abangnya, Asyraf Khalid, yang memberikan perspektif berbeza mengenai isu dasar perlindungan industri.
Menurut Asyraf, walaupun langkah itu mungkin munasabah untuk sektor automotif, isu yang sama sebenarnya turut berlaku dalam banyak industri lain yang tidak mendapat perhatian sama.
“Pandangan itu ada asasnya, tetapi ia hanya melindungi industri automotif. Bagaimana pula dengan ribuan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang turut terkesan akibat produk buatan China yang dijual lebih murah dalam pelbagai sektor lain?” katanya.
Beliau menambah bahawa corak dan strategi yang sama digunakan merentasi pelbagai industri, bukan hanya automotif.
“Masalah yang sama, ‘playbook’ yang sama, dan kelebihan yang tidak adil yang sama. Jika dasar ini sesuai untuk kereta, ia sepatutnya dipertimbangkan secara menyeluruh untuk semua sektor,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, MITI sebelum ini menjelaskan bahawa penetapan harga minimum RM200,000 bagi EV import adalah sebahagian daripada penyelarasan dasar industri. Ia turut melibatkan keperluan kos, insurans dan pengangkutan (CIF) minimum.
“Penyelarasan ini telah dimaklumkan kepada syarikat pemegang AP Francais melalui sesi libat urus yang diadakan pada 30 April 2026,” jelas MITI dalam kenyataan pada Rabu.
Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi kemasukan teknologi baharu seperti EV, sambil memastikan industri tempatan tidak terkesan secara langsung oleh persaingan harga yang terlalu agresif daripada pemain global.
Isu ini dijangka terus menjadi perbincangan hangat, khususnya dalam kalangan pemain industri automotif, pengguna, serta pemerhati ekonomi yang melihat masa depan mobiliti elektrik di Malaysia semakin berkembang pesat.

6 hours ago
6





































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)










![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)


