Ibu mentua kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahora iaitu YM Tengku Julia Binti Tengku Mahmud telah pergi mengadap Illahi pada pagi Khamis.
Ibu Mentua Meninggal Dunia
Berita duka itu dikongsi sendiri oleh Shahora menerusi hantaran di Instagram yang memohon doa orang ramai buat Allahyarhamah ibu mentuanya itu.
“Assalamualaikum, Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin menyampaikan berita atas permergian Allahyarhamah YM Tengku Julia Bt Tengku Mahmud ibunda tercinta kepada Raja Mukhriz , Raja Intan Salwa dan Raja Hafiz pada waktu 10:53 pagi tadi.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.”-tulis Shahora di Instagram
Rakan Selebriti Titip Ucapan Takziah & Doa
Tidak berkongsi butiran lanjut mengenai pemergian arwah, rata-rata rakan selebriti dan netizen dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah serta doa buat arwah ibu mentuanya itu.
“Salam takziah kakak dan abang.”-Haiza Hanafi
“Salam takziah atas pemergian ibunda tercinta. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosanya. Al-Fatihah.”-Mona Allen
“Innalillahiwainnailaihirojiun إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . Salam Takziah abang Raja Mukhriz & kakak . Al Fatihah.”-Elizad Sharifuddin
“Doakan rohnya Bonda tercinta dicucuri rahmat dan dipertempatkan golongan yang beriman dan bertaqa di sisi Allah serta para Anbiya serta redha Allah buat seisi keluarga. Aminn Allahuma Aamin. Salam akziah buat brother Mukhriz dan seisi keluarga.”-Iqram Dinzly
“Salam takziah kah Sharifah Shahora dan abang Raja Mukhriz. Semoga Allah SWT tempatkan Allahyarham bersama kekasihNya. Aamin.”-Karl Shafek
Sekadar info, Sharifah Shahora mendirikan rumah tangga bersama pengarah filem Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin pada 26 oktober 2008. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sama-sama kita doakan agar roh arwah ibu mentua Sharifah Shahora dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..Al-Fatihah..

1 month ago
82


![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)












![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)


















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)








![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)