Siti Khadijah telah menjalin kerjasama strategik bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memperkukuh kehadiran jenama di pintu masuk antarabangsa utama negara, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Siti Khadijah telah melibatkan diri semasa Majlis Pelepasan Jemaah Haji musim 1447H/2026M, yang menyaksikan kumpulan pertama jemaah Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada 18 April 2026.

Seramai 284 jemaah haji telah berlepas dari Terminal 1 KLIA pada jam 4.05 pagi dengan penerbangan Malaysia Airlines MH8050, sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan pada hari yang sama. Kumpulan ini terdiri daripada jemaah dari lapangan terbang Alor Setar dan Movenpick Sepang.
Dalam suasana penuh bermakna itu, Siti Khadijah meraikan para jemaah dengan penyampaian Kit Haji di pintu pelepasan yang diketuai oleh Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah dan Hazelin Ghaus, Pengurus Kanan, Pengurusan Pengalaman Pelanggan, MAHB. Aktiviti ini melibatkan jemaah yang melalui proses pelepasan di beberapa titik pertemuan termasuk kawasan pengumpulan sebelum proses pra-pelepasan di pintu C16 dan C17.

Pendekatan ini bukan sahaja memberi sokongan kepada para jemaah, malah bertujuan mencerminkan penghargaan terhadap perjalanan mereka sebagai tetamu Allah yang memulakan ibadah haji pada musim ini.
Majlis pelepasan jemaah haji turut diserikan dengan kehadiran pelbagai tetamu kehormat termasuk Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan wakil kerajaan serta pihak berkepentingan yang hadir bagi meraikan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci. Suasana penuh syukur dan doa mengiringi perjalanan para jemaah yang memulakan ibadah haji pada tahun ini.

Melalui kolaborasi ini, Siti Khadijah terus komited dalam memperkukuh peranannya sebagai jenama yang bukan sahaja memenuhi keperluan ibadah, malah menyokong perjalanan rohani dalam setiap jeda kehidupan.

1 day ago
12
















![[VIDEO] Betty Banafe Kongsi Keadaan Anak Lelaki Yang Depresi Atas Hasutan Bekas Suami, Netizen Pilu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/1647df66-245b-4031-b9e8-b09511ba5545.webp)































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)
