Ramai Tak Tahu, Emirates Ada Cara Bantu Anak Autisme ‘Practice’ Sebelum Terbang

5 hours ago 7

Kalau travel bagi kita nampak seronok, hakikatnya ada juga keluarga yang rasa ia satu cabaran besar, terutama yang ada anak autisme. Jadi dekat sinilah Emirates tampil dengan satu inisiatif yang bukan sekadar unik, tapi sangat membantu.

Practice Dulu Sebelum Terbang

Emirates perkenalkan Travel Rehearsal, iaitu sesi latihan khas untuk kanak-kanak dan remaja autisme “rasa” sendiri pengalaman di lapangan terbang sebelum flight sebenar.

Dalam sesi ini, mereka akan lalui step sebenar macam:

  • Check-in & drop bagasi
  • Pemeriksaan keselamatan & imigresen
  • Suasana di ruang menunggu, kedai dan restoran

Siap dapat boarding pass ‘mock’ dan jumpa staf airline. Ada juga lokasi yang beri peluang masuk pesawat sebenar memang pengalaman penuh, bukan sekadar simulasi.

Dari Dubai Ke Seluruh Dunia

Program ini bermula di Dubai dan terus dapat sambutan positif. Sekarang, ia dah berkembang ke lebih 40 bandar di seluruh dunia dan memberi manfaat kepada lebih 250 keluarga.

Apa yang lagi menarik, lebih 35,000 staf Emirates telah dilatih untuk memahami dan membantu penumpang autisme dengan lebih empati.

Kurangkan Anxiety, Tambah Keyakinan

Untuk individu autisme, suasana yang tak dijangka boleh jadi sangat mencabar. Airport pula memang penuh dengan bunyi, orang ramai dan proses yang kompleks.

Sebab tu Travel Rehearsal ini penting bila mereka dah biasa dengan suasana, rasa cemas boleh dikurangkan. Ramai ibu bapa kongsi yang anak mereka jadi lebih tenang dan berani untuk travel selepas join program ini. Ada yang sebelum ini terus elak naik kapal terbang, tapi sekarang dah mula plan percutian bersama keluarga.

Lebih Dari Sekadar Inisiatif

Usaha Emirates ini sebenarnya buka jalan ke arah travel yang lebih inklusif. Selain program ini, mereka juga sediakan sokongan lain seperti sensory tools dalam flight dan panduan khas untuk penumpang neurodiverse.

Untuk info, Emirates juga dah lama beroperasi di Malaysia sejak 1996 jadi tak mustahil lebih banyak inisiatif macam ini akan diperluaskan lagi.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |