Berita baik buat warga kota yang merancang meraikan ambang tahun baharu di sekitar ibu negara, Rapid KL mengumumkan lanjutan waktu operasi perkhidmatan rel hingga jam 2:00 pagi bersempena sambutan Tahun Baharu 2026 pada rabu ini iaitu 31 Disember 2025. Jadi, tak perlu lagi risau soal ‘last train’ bila jam berdetik ke angka 12 malam. Midnight plan? Settled.
Malah, perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, beberapa laluan bas terpilih serta Rapid KL On-Demand (ROD) pula akan beroperasi lebih lama sehingga 2:30 pagi pada 1 Januari 2026.
Pergerakan Lebih Selamat & Terkawal
Menurut kenyataan media Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), lanjutan operasi ini bertujuan memastikan pergerakan penumpang selepas tamat acara sambutan berlangsung dengan lebih selamat, terkawal dan teratur, selain membantu pengguna merancang perjalanan pulang dengan lebih efisien.
Menariknya, lanjutan operasi kali ini melibatkan 20 stesen rel, tujuh stesen BRT, 21 laluan bas utama dan perantara, serta sembilan zon ROD. Lebih 3,000 petugas barisan hadapan Rapid KL, termasuk Polis Bantuan dan kakitangan operasi, akan bertugas sepanjang malam ambang tahun baharu. Respect the hustle.
Senarai Stesen Terlibat
Bagi Laluan Kelana Jaya, stesen yang terlibat ialah Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru dan USJ 7.
Untuk Laluan Ampang/Sri Petaling, stesen yang beroperasi hingga lewat malam ialah Hang Tuah, Masjid Jamek dan Maluri, manakala perkhidmatan Monorel melibatkan Bukit Bintang dan Hang Tuah, memang ngam dengan lokasi tumpuan sambutan.
Sementara itu, Laluan Kajang melibatkan stesen Pasar Seni, Tun Razak Exchange, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara dan Cochrane, manakala Laluan Putrajaya pula melibatkan Tun Razak Exchange, Persiaran KLCC dan Ampang Park.
BRT & Bas Pun Sampai Lewat Malam
Bagi BRT Laluan Sunway yang beroperasi hingga jam 2:30 pagi, stesen terlibat ialah Sunway–Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU–Monash, South Quay dan USJ 7.
Rapid KL turut memaklumkan, stesen-stesen lain yang tidak tersenarai akan menamatkan operasi seperti biasa, namun pengguna masih dibenarkan keluar dari stesen bagi meneruskan perjalanan.
Untuk memastikan keselesaan penumpang, kekerapan tren akan dipertingkatkan di semua laluan rel bermula 7:30 malam, 31 Disember hingga 2:00 pagi, 1 Januari.
Selain itu, beberapa laluan bas dan ROD turut dilanjutkan sehingga 2:30 pagi, antaranya Laluan 173 (Taman Jasa Utama–Lebuh Ampang), Laluan 190 (Desa Sri Hartamas–Lin Ho Jalan Lekiu) dan Laluan 250 (Stesen LRT Wangsa Maju–Lebuh Ampang).
Jangan Lupa Semak Info Terkini
Orang ramai disarankan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi Rapid KL serta memuat turun aplikasi MyRapid PULSE bagi mendapatkan maklumat terkini dan merancang perjalanan dengan lebih lancar.
Pendek kata, sambut tahun baharu boleh all out, bab balik biar Rapid KL uruskan. Murai ucapkan Selamat menyambut Tahun Baharu 2026!

2 hours ago
2

















![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)












![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)










![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)

![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
