Muzium Perak: Khazanah Sejarah & Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi!

5 hours ago 7

Kalau sebut Perak, ramai terus terbayang Ipoh dan makanannya. Tapi negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ini juga mempunyai muzium-muzium bersejarah yang menarik. Salah satunya ialah Muzium Perak, muzium pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan menjadi tempat pelawat memahami warisan negeri ini dengan lebih dekat.

Muzium Perak

via @Tripadvisor

Ditubuhkan pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low, Residen British Ketiga di Perak, muzium ini merupakan muzium pertama di Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah sebagai pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semula jadi untuk difahami masyarakat.

Seni Bina Unik Penuh Sejarah

Bangunan muzium direka oleh arkitek Inggeris dengan gabungan seni bina masyarakat ‘Moor’ dari India, ‘neo-classical’ dan Victorian Eropah. Dari udara, bentuk bangunan menyerupai huruf ‘L’ sebagai penghormatan kepada penyelia muzium pertama, Leonard Wray Jr. Bahan binaan menggunakan batu bata dari India dan tempatan, kulit kerang, putih telur ‘lime tar’ serta kayu tropika tempatan seperti cengal batu, meranti dan merbau. Keunikan reka bentuk ini menjadikan Muzium Perak lebih daripada sekadar tempat pameran.

Koleksi Penuh Keajaiban

Muzium Perak menempatkan koleksi etnologi, sejarah, alam semula jadi, arkeologi dan etnobotani. Sebahagian daripadanya dianggap rare berusia lebih 100 tahun, termasuk spesimen binatang seperti binturong, pulasan, rangka haiwan dan tembikar tanah yang kini sukar ditemui.

Galeri Muzium

Galeri A: Pameran sementara seperti 135 Tahun Muzium Perak dengan artifak unik termasuk replika patung Avalokitesvara, tengkorak gajah dan peralatan pejabat zaman awal muzium.

Galeri B: Alam semula jadi menampilkan spesimen gajah, harimau, ular sawa, buaya dan pelbagai haiwan lain dalam diorama habitat semula jadi.

Galeri C: Pameran kebudayaan menonjolkan artifak pertukangan logam, anyaman, permainan tradisional seperti congkak, wau, gasing, dan busana Melayu Perak.

Galeri D: Pameran masyarakat Orang Asli dan tembikar Malaysia, termasuk ukiran kayu, labu air dan kraf tradisional.

Pameran Luar: Mempamerkan pesawat TUDM, kereta kuda, koc kereta api, dandang jana kuasa stim, meriam dan kereta antik Rolls Royce.

via @jmm

Pengalaman Pelancongan Yang Lengkap

Selain melihat koleksi sejarah dan alam semula jadi, pelawat dapat memahami budaya tempatan, menyelami kehidupan masyarakat Perak sejak ratusan tahun lalu, serta menikmati seni bina unik muzium ini. Muzium Perak juga menyediakan program ‘out-reach’ dan ‘in-reach’, menjadikannya pusat pendidikan dan pelancongan yang lengkap.

Waktu Operasi: Setiap hari, 9.00 pagi – 5.00 petang (ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha)

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |