Pelakon, Nabila Huda berkongsi pengalamannya apabila dipandang secara serong apabila mahu menikmati hidangan di salah sebuah restoran, baru-baru ini.
Nabila atau lebih mesra disapa Abil menerusi hantaran di Thread menceritakan bahawa penampilannya yang kelihatan sangat biasa dengan menggayakan t-shirt dan selipar itu mendapat pandangan seolah-olah dia adalah seorang gelandangan.
“Kenapa ek kadang-kadang bila kita pakai comot nak masuk restoran fancy kena pandang macam kena judge ek? Haha contoh kadang tu keluar memang pakai t-shir dan selipar. She malas la nak bersiap. Tapi lipstick harus lah kan.
Cuma watak tu tak cukup dengan look & feel restoran tu. How to explain ek. Faham kan pandangan macam eh kita nak makan je. Also ada jugak pelanggan bagi pandangan macam gelandangan betul kita ni wak haha! 🤣.”-kongsi Abil di Thread

“Tak Boleh Ke Kita Dilayan Sama Adil..”
Dalam pada itu, Abil turut menjelaskan bahawa dia yang tidak meminta layan istimewa itu berpendapat seharusnya setiap individu seharusnya mendapat layanan yang adil biarpun pemakaian mereka tidak setaraf dengan tempat yang dimasuki.
“Kat sini maksud Abil bukan perasan orang kena kenal and patut dapat layanan special. I don’t care at all about that. Apa yang she kisah, is cuma nak makan. Dalam malaysia bukan hanya pekerja melayu je kan. Ada pelbagai bangsa pun..
Tapi kenapa bila kite comot kena ada 1st impression gitu ek? Tak boleh ke kite dilayan sama adil. Tak boleh ke bagi senyuman semanis buah nenas walaupun pakaian tu tak setaraf dengan yang selalu masuk kat tempat tu..ini my concern sebenarnya.”-tambah Abil
Netizen Setuju!
Hantaran Abil dibanjiri komen netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya, malah ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka yang mendapat pandangan negatif apabila mahu menikmati hidangan di sesebuah restoran ‘fancy’ hanya kerana penampilan yang ‘comot’.
“Ada hari kita malas bersiap tapi nak pergi makan tempat best tapi yang tak best tu kena judge😅.”
“Kalau Abil pun dilayan gitu, apatah lagi kita yang marhaen 😂. Bertabahlah sheee.”
“Mentaliti orang-orang ni masih di zaman tak bertamadun. Kalau pakai cikai terus pukul rata yang orang ni tak berduit. Tak layak makan kat situ. Kalau saya jadi peniaga, kau nak apa pun tak kisah janji dah makan bayar. Sales yang penting.”
“Memang macam tu Abil. Itu lumrah kehidupan, nobody can change it. You just enjoy the experience je.”
Apa komen anda?

4 hours ago
7












![[VIDEO] Aina Abdul Kongsi Momen ‘Fitting’ Busana Tuala ‘Good Morning’, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)























![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)










![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


