Dunia kulinari hotel mewah di Shangri-La Kuala Lumpur kini makin hangat bila seorang chef bertaraf antarabangsa, Eric Fettke, rasmi dilantik sebagai Executive Chef bermula Februari 2026.
Kalau nak cerita pasal pengalaman, memang bukan biasa-biasa. Chef Fettke ada lebih 27 tahun pengalaman, merentas Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Sebelum ini, beliau berkhidmat di Shangri-La Barr Al Jissah Resort & Spa di Muscat, uruskan operasi kulinari untuk beberapa hotel sekaligus dengan puluhan outlet makanan.
Pernah Terlibat Dengan Olimpik? Jawapannya: Ya!
Antara momen paling ‘rare’ dalam kerjaya beliau adalah apabila dipilih untuk mengetuai operasi makanan & minuman semasa Pyeongchang Winter Olympics 2018. Bukan tugas kecil beliau perlu pastikan semuanya berjalan lancar di peringkat antarabangsa, dan ternyata berjaya.
Dari Dapur Nenek Ke Pentas Dunia
Minat memasak Chef Fettke sebenarnya bermula dari kecil lagi, di dapur neneknya. Dibesarkan dalam keluarga Jerman–Afrika Selatan, beliau mula jatuh cinta dengan bahan segar dan masakan berasaskan musim. Hari ini, gaya masakannya gabungkan ketelitian Eropah dengan pengaruh global lengkap dengan konsep farm-to-table dan elemen kelestarian.
Misi Besar Di Shangri-La KL
Di sini, Chef Fettke bukan sekadar memasak. Misinya adalah untuk ‘refresh’ identiti kulinari hotel, naikkan kualiti bahan, perkemaskan konsistensi hidangan, dan bagi sentuhan moden tanpa hilangkan legasi lama.
Lebih menarik, pelantikan ini berlaku menjelang Visit Malaysia Year 2026, jadi ini peluang besar untuk tampilkan keunikan makanan tempatan ke pentas lebih tinggi.
Pendek kata, kehadiran Chef Eric Fettke bukan sekadar tambah nama dalam industri tapi boleh jadi game changer untuk pengalaman makan di Shangri-La KL

5 hours ago
7












![[VIDEO] Aina Abdul Kongsi Momen ‘Fitting’ Busana Tuala ‘Good Morning’, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)























![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)










![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


