Isu MC Buat Ramai Pekerja ‘Naik Angin’- “Kalau Larat Pergi Klinik, Baik Pergi Kerja”

4 hours ago 7

Isu sijil cuti sakit (MC) kembali jadi perbualan hangat bila seorang pekerja meluahkan rasa tidak puas hati di platform Threads. Luahannya ringkas, tapi ‘pedas’ dan kena dengan situasi ramai:

“Bangs*t mana la yang cipta sistem kalau nak ambik cuti MC, kena pergi klinik. BRO KALAU AKU LARAT NAK PERGI KLINIK, BAIK AKU PERGI KERJA LAH SIAL.”

Luahan ini terus mendapat sokongan ramai netizen yang merasakan sistem sedia ada agak tidak praktikal, terutama bila melibatkan penyakit ringan.

Klinik Sebelah Office, Tapi Tetap Kena MC?

Ada yang berkongsi situasi lebih ‘ironi’ – klinik panel syarikat terletak betul-betul sebelah pejabat.

“KLINIK PANEL AKU SEBELAH OPIS WEH. KAU BAYANGKAN DARI AKU G AMIK MC, ALANG2 TU BAIK AKU G KEJE SIAWWWWW.”

Bagi mereka, logiknya mudah kalau dah cukup sihat untuk bergerak ke klinik, kenapa tidak terus masuk kerja sahaja?

Demam Biasa Pun Kena Keluar Duit

Selain itu, isu kos rawatan juga jadi antara rungutan utama. Ada pekerja yang merasakan tidak berbaloi untuk ke klinik hanya kerana demam biasa.

“Padahal demam, nak makan panadol yang ada kat rumah je dan nak rehat… tapi kena pergi klinik sebab nak ambik MC. Klinik swasta RM50 ke atas caj, duit lak tak berapa nak ada… kalau klinik kerajaan kena tunggu lama. Sudahnya dari sakit sikit jadi bertambah sakit.”

Situasi ini menunjukkan dilema pekerja antara keperluan rehat dan ‘prosedur’ yang perlu dipatuhi.

Ini Kata Undang-Undang

Dalam masa sama, ada juga netizen yang tampil menjelaskan bahawa keperluan MC bukan sekadar ‘peraturan syarikat’, tetapi ada kaitan dengan undang-undang. Di bawah Employment Act 1955, sijil perubatan diperlukan untuk memastikan cuti sakit diiktiraf dan layak dibayar.

Namun, perbincangan ini membuka ruang kepada persoalan lebih besar adakah sistem ini masih relevan dalam dunia kerja moden?

Perlu Ada Alternatif?

Ramai berpendapat mungkin sudah tiba masa untuk pendekatan lebih fleksibel diperkenalkan, seperti:

  • Self-declaration untuk sakit ringan
  • Teleconsultation (jumpa doktor secara online)
  • Polisi syarikat yang lebih memahami situasi pekerja

Seorang netizen sempat berseloroh, mungkin cadangan ini boleh terus dihantar ke kementerian berkaitan untuk dipertimbangkan.

Apa pun, isu ini jelas menunjukkan satu perkara  pekerja bukan tak mahu ikut peraturan, tapi mahukan sistem yang lebih masuk akal dan tidak membebankan, terutama bila badan memang tengah tak sihat.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |