Langkawi sememangnya tidak pernah kehabisan tarikan menarik untuk pelancong. Selain keindahan pantai dan pulau-pulau sekitarnya, kini Langkawi tampil dengan satu mercu tanda baharu yang semakin mencuri perhatian ramai iaitu Menara MAHA Langkawi. Berdiri megah di bandar Kuah, menara ini bukan sekadar struktur tinggi, malah simbol keyakinan, keberanian dan kebangkitan baharu pulau legenda ini.
Nama “MAHA” diambil daripada perkataan Melayu yang membawa maksud “Yang Maha Agung”. Ia melambangkan kehebatan serta kekuatan, di samping menghormati kisah lagenda Mahsuri yang sinonim dengan Langkawi.
via @mahatowerlangkawiReka bentuk menara ini diinspirasikan daripada gaun pengantin sebagai simbol kesucian dan keanggunan Mahsuri, manakala motif bunga raya yang menghiasi struktur menara pula menjadi lambang kebanggaan negara.
Menara MAHA menjadi pusat tumpuan baharu Langkawi City dan dirancang sebagai nadi utama aktiviti pelancongan serta hiburan. Dari jauh, reka bentuknya yang unik membuatkan ramai mengaitkannya dengan Menara Eiffel di Paris, namun sentuhan seni bina tempatan menjadikan MAHA Tower tampil lebih istimewa dan beridentiti sendiri.
Panorama 360 Darjah & Pengalaman ‘Walk on Air’
Salah satu tarikan utama di sini ialah dek pemerhati di tingkat 18 dan 33 yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah bandar Kuah serta Laut Andaman. Lebih mencabar, pengunjung boleh mencuba pengalaman berjalan di atas jubin kaca di dek tertinggi. Bagi yang gayat, memang akan berdebar, tetapi pengalaman ini sememangnya sukar dilupakan.
Pada waktu siang, menara ini kelihatan berkilauan seperti pohon perak yang disimbah cahaya matahari. Apabila malam menjelma pula, Menara MAHA bercahaya indah seolah-olah ribuan bintang menghiasi langit Langkawi, menjadikannya pemandangan yang cukup memukau dan sesuai untuk bergambar.
Lebih Daripada Sekadar Menara Tinggi
via @mahatowerlangkawiSelain menikmati pemandangan, Menara MAHA turut menawarkan pelbagai kemudahan lain seperti Sky Lounge di tingkat 18 yang menyajikan hidangan tempatan sambil menikmati panorama laut.
Terdapat juga ruang aktiviti dan hiburan, kedai-kedai runcit, restoran al fresco, serta kawasan Maha Square yang menampilkan persembahan pentas, kraf tempatan dan acara santai untuk pengunjung.
Menara MAHA Langkawi bukan sekadar tarikan pelancongan, tetapi simbol masa depan Langkawi sebagai destinasi bertaraf dunia. Jika berkunjung ke Langkawi, jangan lepaskan peluang singgah ke menara ikonik ini dan rasai sendiri pengalaman luar biasa yang ditawarkan.

2 hours ago
2





![[VIDEO] Senyap Tak Sebut ‘Merry Christmas’, Netizen Puji Sabronzo- “Sebab Dia Masih Sedar Agama Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-12.webp)
























![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)








![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)


![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)

![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
