Datin Shahida Beri Penjelasan Sebab Masih Berniaga Secara ‘Live’ Ketika Bercuti, Netizen Kagum!

5 hours ago 2

Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida memberi penjelasan apabila ramai yang merasa pelik melihat mereka masih melakukan ‘live’ biarpun mereka sekeluarga sedang bercuti di Terengganu, baru-baru ini.

Datin Shahida menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa ia sudah menjadi tabiat buat mereka melakukan ‘live’ hari-hari selain mengakui merasa beruntung dapat bersama dengan anak-anak di rumah walaupun sibuk berniaga di sesi ‘live’ di media sosial.

“Ramai pelik bila bercuti pun masih live. Sebenarnya dia macam habis tau, bila hari-hari live, tak live kita rasa pelik.

Saya sentiasa rasa saya bekerja dengan orang, bila penat selalu fikir orang lain ramai yang kerja lebih penat dan lebih berat. Jadi, bila fikir tu terus rasa bersemangat, saya beruntung walau sibuk live tapi kita masih di rumah dapat dekat dengan anak-anak.”-tulis Datin Shahida di Instagram

Hantaran Datin Shahida dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan pasangan suami isteri ini yang kuat bekerja biarpun sudah kaya, malah ramai yang bersetuju bahawa dapat melihat anak-anak membesar depan mata adalah nikmat paling terindah.

“MasyaAllah walaupun dah kaya sentiasa kerja‼️ Jadikanlah aku serajin dan sehebat Datin 😢🤎🤲.”

“MasyaAllah. Saya nak achieve macam dato and datin gini. Hari-hari live, bekerja cari duit tapi pada mase sama, dekat dengan keluarga tersayang. 😍.”

“Betul datinnnnn❤️❤️🙌🙌🙌. . Bekerja yg dapat tengok anak-anak membesar depan mata adalah nikmat paling terindah🔥🔥.”

“Masyaallah tabarakallah kalau ada anugerah isteri yg serba boleh dan solehah saya nobat datin lah lah orangnya👏❤️. Memang figure yang hebat Subhanallah.”

“Setuju. Masyaallah panjang kan la rezeki kesihatan dan kebahagiaan untuk mereka ya Allah❤️.”

Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al- Hakim.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |