Baucar Kita Selangor: RM100 Sebulan untuk tempoh 6 bulan, Ini Yang Anda Perlu Tahu

5 hours ago 4

Berita baik buat warga Selangor! Kerajaan negeri tampil dengan satu lagi inisiatif bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar. Menerusi Baucar Kita Selangor, seramai 50,000 penerima bakal menikmati bantuan bernilai RM100 sebulan selama enam bulan.

Secara keseluruhan, setiap penerima akan menerima sehingga RM600, memang lega sikit untuk tampung perbelanjaan harian.

Apa Itu Baucar Kita Selangor?

Baucar Kita Selangor merupakan inisiatif bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.

Program ini diperkenalkan bagi membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup susulan isu global seperti krisis tenaga dan inflasi. Fokus utama bantuan ini adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan runcit.

RM100 Sebulan, Jumlah Cecah RM600

Melalui inisiatif ini, penerima akan menikmati bantuan kewangan secara berperingkat bagi tempoh tertentu, sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan bulanan.

  • RM100 sebulan akan diberikan
  • Tempoh bantuan selama 6 bulan
  • Jumlah keseluruhan: RM600 setiap penerima

Program ini melibatkan peruntukan sekitar RM30 juta, sebagai sebahagian daripada pakej keseluruhan bernilai lebih RM130 juta.

Via facebook rasmi Amirudin Shari

Sasaran Penerima

Bantuan ini disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, khususnya mereka yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

  • 50,000 warga Selangor
  • Golongan B40 dan M40
  • Isi rumah yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup

Keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, khususnya untuk menampung perbelanjaan seperti makanan, barangan dapur dan keperluan asas lain.

Bila Agihan Bermula?

Setakat ini, agihan dijangka bermula pada:

  • Jun 2026 (Fasa 1) berterusan sehingga November 2026

Namun, tarikh spesifik harian masih belum diumumkan secara rasmi.

Syarat Kelayakan (Setakat Ini)

Walaupun perincian penuh belum diumumkan, antara syarat asas yang diketahui ialah:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Selangor
  • Golongan B40 & M40
  • Terjejas dengan kos sara hidup

Maklumat lanjut dijangka akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Mohon? Tunggu Pengumuman Rasmi

Buat masa ini, cara permohonan belum dibuka. Namun, terdapat kemungkinan penerima akan dipilih secara automatik berdasarkan data sedia ada kerajaan negeri. Jadi, disarankan untuk terus mengikuti pengumuman rasmi dalam tempoh terdekat, khususnya sekitar Mei hingga Jun nanti.

Bagi Murai, inisiatif ini memang tepat pada masanya, terutama ketika ramai rakyat sedang ‘berjimat’ untuk keperluan harian. Walaupun RM100 sebulan nampak kecil, tapi dalam realiti sekarang  cukup membantu untuk beli barang dapur atau tampung perbelanjaan asas.

Kalau pelaksanaan berjalan lancar dan sampai kepada golongan sasaran, bantuan ini memang boleh bagi sedikit kelegaan kepada rakyat Selangor.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |