‘MasyaAllah Cantiknya’- Video Solekan Tengku Nadhirah Undang Pelbagai Reaksi

1 day ago 9

Satu video yang dimuat naik oleh penata rias popular TikTok, @schanooladyva, baru-baru ini mencuri perhatian warga maya apabila memaparkan wajah manis YTM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Puteri Dato’ Sri Nadhirah Zahra Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform tersebut, penata rias berkenaan berkongsi momen ketika beliau mendandan wajah puteri kesayangan rakyat Terengganu itu. Solekan ringkas tetapi menyerlahkan keayuan semula jadi Tengku Puteri Nadhirah nyata membuatkan ramai terpaku.

@schanooladyva

makeup manjah for my dear Tengku Puteri Utama Raja Tengku Puteri Dato’ Sri Nadhirah Zahrah .. haa syanu kena practice lagi hehe.. memey comei dooh la princess kesayangan kita.. #tengkuputerinadhirah #kerabatterengganu #terengganuroyalfamily #schanooladiva #royalmua

♬ เสียงต้นฉบับ – ดวงหทัย จูด้วง – ดวงหทัย จูด้วง

Untuk rekod, YTM Tengku Puteri Nadhirah merupakan anak sulung kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Tengku Puteri Nadhirah dilahirkan pada 18 Disember 1996 di Terengganu.

Menariknya, Tengku Puteri Nadhirah juga baru sahaja mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila menamatkan pengajian peringkat Sarjana (Master’s) di salah sebuah universiti di United Kingdom pada 10 Julai 2025 lalu.

Selain akademik, Tengku Nadhirah juga aktif dalam sukan menyelam skuba, minat yang diwarisi dari ayahandanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakyat tidak kedekut memberikan pujian terhadap kecantikan semula jadi puteri Terengganu itu. Antara komen yang mencuit hati termasuk:

“Wahh cantiknya”

Tidak kurang juga yang memuji sentuhan solekan yang menaikkan seri wajah baginda.

“Tuanku Puteri sangat cantik. Your make up menaikkan seri muka dia.”

Malah, ada juga netizen yang berseloroh sambil menyelitkan rasa bangga sebagai rakyat Terengganu.

“MasyaAllah cantiknya Puteri Nadhirah dari Terengganu. Patutlah rakyat Terengganu cantik, ikut puteri raja sebenarnya hihi.”

Ringkas, anggun dan penuh kelembutan, itulah gambaran yang dapat disimpulkan daripada video tular ini. Tidak hairanlah wajah Tengku Puteri Nadhirah terus menjadi bualan dan kebanggaan rakyat Terengganu di media sosial.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |