Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

8 hours ago 5

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan anak-anak mereka.

Kongsi Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menerusi hantaran di Instagram, dia tidak bertujuan untuk memburukkan bekas isteri selain mahu membersihkan namanya yang menjadi mangsa tohmahan yang dilemparkan oleh netizen.

“Ampa tau ke berapa jumlah saya bagi nafkah dan belanja untuk anak-anak setiap bulan? Kalau tak tahu, maka hari ni saya jelaskan agar semuanya jelas dan bairlah orang ramai menilai dengan adil. Ini first and last saya bersuara, sebab saya tak suka drama dan tak ada masa nak layan netizen yang tak bijak.

Jumlah keseluruhan nafkah dan perbelanjaan anak-anak yang saya tanggung setiap bulan adalah RM8,200. Ia merangkumi tempat tinggal, kereta, pendidikan, makan minum, barang dapur, insurans, internet, bil elektrik, bil air, water dispenser dan upah driver menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.

Makan tengah hari anak-anak pada setiap hari pun saya bayar orang untuk masak. Itu belum termasuk bil telefon bekas isteri yang masih saya bayarkan sehingga hari ni. Selain itu, saya juga telah memberikan duit mutaah sebanyak RM100k kepada bekas isteri sebagai hadiah, tanggungjawab dan ihsan.”-tulis Chazynash

“Cukuplah Saya Difitnah..”

Dalam pada itu, dia mengakui merasa amat sedih jika bekas isterinya tidak mendapat segala kemudahan yang diberi disebabkan sikap biadab dan campur tangan pihak lain termasuklah ahli keluarga bekas isterinya itu.

“Cukuplah saya difitnah dan dipandang serong, sedangkan selama ni saya telah berusaha sedaya upaya melaksanakan amanah yang sepatutnya.

Namun saya amat sedih sekiranya disebabkan kebiadapan dan campur tangan ampa (Yunus Morat/ adik-beradik lain/ kawan-kawan/ netizen), bekas isteri tak dapat semua ini lagi. Sekian ini sahaja penjelasan daripada saya.”-jelas Chazynash lagi

Terdahulu, Chazynash pernah memaklumkan di media sosial bahawa dia telah bercerai dengan bekas isterinya, Fatin Morat pada Januari 2025. Menjelaskan bahawa perpisahan mereka berlaku secara sepakat dengan baik, mereka bekerjasama menguruskan kebajikan anak tanpa merebut hak penjagaan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |