“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

7 hours ago 4

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh sesetengah pihak.

Iqbal menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa niatnya hanyalah mahu melihat DSV untuk hadir dengan imej yang lebih sopan dan anggun.

“Tentang bulu mata, bibir dan penampilan DSV pula bukanlah memaksa. Mahu pakai 10 inci bulu mata pun. Itu kebebasan beliau. Bualan ini pun sudah kalis oleh orang ramai dan DSV pun hanya santai saja.

Apapun, niat saya hanya mahu lihat beliau lebih anggun, imej sopan, mewah dan elegan. Sebab usia kita semakin bertambah juga. Kalau tidak mahu, pun tidak mengapa, bukanlah serius pun, saya tiada hak dan tegasnya ini bukanlah bermakna saya mahu bercinta kembali.”-jelas Iqbal di Insta Story

“Sesekali Saya Ingin Melihat Beliau Dengan Imej Minimalis, Anggun..”

Dalam pada itu, Iqbal turut memberi respon terhadap video temubual DSV yang menganggap dia sebagai ‘attention seeker’ dengan memberi penjelasan bahawa dia sememangnya sering berseloroh dengan DSV mengenai bulu mata serta bibirnya, selain mempersoalkan bagaimana boleh wujudnya salah faham sedemikian.

“Ya Allah, depan-depan mata DSV pun saya berseloroh tentang bulu mata DSV, bibir. Itu sudah terbiasa dengan DSV dan DSV gelak sahaja.

Kenapa jadi salah faham begini? Bukanlah saya terlalu ingin mengubah, cuma sebagai orang pernah berada dekat, sesekali saya ingin melihat beliau dengan imej minimalis, anggun.

Saya pun menganggap DSV baik-baik sahaja sebab banyak video lama saya dimuatnaik kembali di TikTok milik DSV. Kalau tidak selesa, saya pun boleh saja hidup dengan kehidupan saya.”-tambah Iqbal lagi

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |