Nampaknya bulan November tahun ini bakal jadi “bulan hitam… eh bulan rock!” buat peminat muzik alternatif di Malaysia. Mana tidaknya, selepas pengumuman konsert My Chemical Romance yang bakal berlangsung selama dua malam di Kuala Lumpur, hari ini pula penganjur Hello Universe mengesahkan kehadiran Evanescence ke ibu negara!
Berita ini sememangnya mengujakan, tapi dalam masa sama… ada juga yang terus rasa “pening kepala”, bukan sebab lineup, tapi sebab poket. Di ruangan Threads, ramai peminat meluahkan rasa terkilan apabila dua konsert besar ini dijadualkan dalam bulan yang sama.
Antara komen yang mencuri perhatian berbunyi:
“Eh ayam betul nov dah la ade MCR, Evan pula nak datang. Aku nak kena beli celak berapa batang tahun ni???”
Nada gurauan itu jelas menggambarkan dilema sebenar nak pergi dua-dua, tapi kos memang bukan kecil.
Ada juga yang berkongsi cabaran logistik, terutamanya bagi peminat luar Kuala Lumpur.
“KENAPA BULAN 11 jugak, aku dari penang kena berkampung terus dkt KL ni adehh”
Bagi mereka, ini bukan sekadar beli tiket, tapi melibatkan penginapan, makan minum, dan cuti kerja. Memang kena “all in” kalau nak kejar dua konsert sekaligus.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang berseloroh mencadangkan sesuatu yang agak mustahil tapi menarik:
“Salam, MCR dengan Evanescence tanak satu stage ke? Kene pergi dua concert pulak november”
Kalau betul jadi, memang sejarah tapi buat masa ini, peminat kena pilih… atau redah saja kedua-duanya.
Apa pun, bagi yang sudah bersedia dari segi mental dan kewangan, tiket konsert Evanescence akan mula dijual pada 8 Mei 2026, jam 10 pagi menerusi platform GoLive. Jadi, siapa cepat dia dapat!
Nampaknya November ini bukan sekadar hujung tahun biasa, tapi musim “emosi + nostalgia” buat peminat muzik. Persoalannya sekarang anda team pilih satu atau sapu semua?

7 hours ago
4












































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)





