“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

3 hours ago 1

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan dan penyesalan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Selepas kemunculan pertama yang berjaya menarik perhatian, band ini terus memperkukuhkan identiti muzik mereka melalui “Andai”. Lagu kali ini tampil dengan pendekatan lebih matang, jujur dan dekat dengan realiti kehidupan generasi hari ini.

Dari sudut penceritaan, “Andai” mengangkat persoalan “bagaimana jika masa boleh diundurkan?”, satu perasaan yang pasti pernah dirasai oleh ramai orang. Terutamanya dalam hubungan yang tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Liriknya yang ringkas tetapi mendalam, digabungkan dengan melodi yang emosional, menjadikan lagu ini mudah ‘relate’ dan memberi kesan kepada pendengar.

Foto – The Fhase

Menurut The Fhase, lagu ini bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi juga tentang menerima hakikat dan belajar untuk melepaskan. Ia adalah refleksi kepada fasa kehidupan yang mungkin pahit, tetapi penting untuk pertumbuhan diri.

“Andai” dijangka akan mendapat tempat di hati pendengar muda, khususnya generasi digital yang menghargai kejujuran dalam muzik dan penceritaan yang autentik.

Single ini dilancarkan pada 24 April di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music, dan turut disokong dengan strategi promosi digital yang menyasarkan komuniti media sosial serta audiens Gen Z.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |