Dahlia Rizal & Imran Aqil Dedah Wajah Anak, Netizen Teruja!

6 hours ago 4

Personaliti media sosial dan isteri kepada pelakon, Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata mereka setelah setahun melahirkan bayi perempuan, Nur Yusra pada 6 Mei 2025.

Melalui hantaran di Instagram, mengakui dia tidak pernah terbayang akan bergelar ibu pada usia yang muda, namun dia menyedari ia merupakan satu perjalanan yang memenatkan dan indah.

“Subhanallah, MasyaAllah, Tabarakallah, cahaya mata saya, Nur Yusra, kini berusia satu tahun.

Ia membuatkan beremosi apabila mengenang kembali hari saya melahirkan awak dan semua yang saya lalui ketika perjalanan selepas bersalin. Setiap saat sangat bernilai.

Saya tidak pernah terfikir saya akan menjadi ibu pada usia ini. Saya masih ingat bagaimana saya tidak percaya saya hamil, kerana saya tidak rasa bersedia dan ragu-ragu sama ada saya mampu menjadi seorang ibu.

Tetapi sekarang setelah saya melaluinya, saya sedar ianya adalah satu perjalanan yang memenatkan dan sangat indah. Saya sangat menyayangi awak, sayangku Yusra.”-kongsi Dahlia di Instagram

“Ya Allah Mini Dahlia Sangat…”

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen teruja melihat wajah comel Yusra, malah ada yang berpendapat wajah Yusra sangat mirip dengan ibunya itu.

“MasyaAllah what a cutie just like mommy 😍😍.”-Yaya Zahir

“MasyaAllah TabarakAllah Yusraaaa 😍😍 membesar dengan sihat & cerdik yaaa Yusraaa 🤏🏻❤️.”

“Ya Allah mini Dahlia sangat 😍.”

“Selalu baby mesti keluar muka iras daddy dia. Tapi Yusra muka mummy dia sangat omeyy 😍.”

Sekadar info, Dahlia Rizal mendirikan rumah tangga dengan Imran Aqil pada 10 September 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Yusra yang dilahirkan pada 6 Mei 2025.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |