Sweet Qismina Sertai Audition PGLM, Curi Perhatian Rakan Selebriti & Netizen!

4 hours ago 6

Pelakon, Sweet Qismina mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya menghadiri ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi menerusi hantaran di Instagram mengakui dia merasa rindu dengan persembahan teater setelah 16 tahun meninggalkan seni persembahan tersebut.

“Nombor 094 hadir untuk PGLM audition ☺️✌🏻 Rindu teater! Begitulah perasaan saya bila keluar iklan audition PGLM 🥰.

Bila jiwa ni bermula dengan teater, jauh macam mana pun pergi mesti rasa rindu tu ada. Selepas 16 tahun? Yup, itulah betapa panjangnya tempoh saya meninggalkan teater. Okay dah puas, jom sambung shoot!

Terima kasih suami dan mama sentiasa support Sweet 💕.”-kapsyen Sweet Qismina di Instagram

Rakan Selebriti Beri Kata Semangat!

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti dilihat memberikan kata-kata semangat buat Sweet, malah ada yang sempat berkongsi sikap sebenar Sweet yang sangat baik dengan kru penggambaran.

“All the best Sweet! 😍.”-Riena Diana

“Love this Sweet ❤️❤️.”-Aisha Retno

“Terima kasih kerana datang ke ujibakat hari ini Sweet Qismina, awak harus kembali ke teater selepas ini!.”-Puan Seri Tiara Jacquelina

“Saya nak ambil kesempatan nak komen, dulu kan saya antara bukan peminat awak sebab gosip (biasa la artis kan ada gosip), tapi selepas suami saya pernah bekerja menjadi kru untuk salah satu drama awak berlakon, dia beritahu saya awak sangat baik hati. Selalu belanja kru jajan. Saya terus ada rasa suka sama awak. Hehe all the best Sweet.”

Sekadar info, Adam Lee mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Sweet Qismina pada 24 Oktober 2022.

Majlis akad nikah mereka diadakan di The Boathouse, Ampang, di mana Adam memberikan mas kahwin berjumlah 2,410.97 sebagai simbolik kepada tarikh lahir Sweet pada 24 Oktober 1997.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |