Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang ramai yang sama excited macam anda. Inilah pengalaman yang dibawa oleh AFFIN Universe, destinasi gaya hidup dua hari yang bukan sekadar pameran, tapi pengalaman menyeluruh yang penuh hiburan, budaya, dan inspirasi gaya hidup moden.
Acara ini berlangsung pada 7 & 8 Februari 2026 (Sabtu & Ahad), 10 pagi hingga 10 malam, melalui AFFIN Universe Anniversary Showcase. Tidak seperti pameran biasa, pengunjung boleh menikmati persembahan secara langsung, penampilan selebriti, zon interaktif, serta aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penglibatan. Dari POV MURAI, rasanya macam tengah “jalan-jalan di festival mini gaya hidup” setiap sudut ada sesuatu yang buat mata dan minda teruja.
Dan inilah yang paling dinanti-nantikan, lebih dari 10 orang selebriti popular akan memeriahkan MITEC hujung minggu ini! Antara nama yang bakal muncul termasuk Hael Husaini, Marsha Milan, Mimifly, Dato’ Seri Aliff Syukri, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Puteri Khareeza, Imran Aqil, Atita Haris, Fiza Sabjahan, Fedtri Yahya, Fizi Ali, Dato’ Fazley, dan Dr. Soo Winci. Tambah lagi, segmen eksklusif ‘Let’s Talk’ bersama Sarimah Ibrahim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, serta Marriott Bonvoy, termasuk siaran langsung dua podcast kewangan terkemuka, Financial Faiz & Mr. Money TV.

Pengunjung juga boleh menjelajahi zon bertema yang merangkumi automotif, pelancongan, fesyen dan makanan, direka untuk perjalanan yang lancar dari satu ruang ke ruang lain. Bagi MURAI setiap zon ada cerita dan kejutan tersendiri yang buat korang rasa nak explore setiap sudut.
Dianjurkan sempena Ulang Tahun ke-50 AFFIN, fokus utama acara ini adalah pengalaman, kreativiti dan hubungan. Walaupun pengunjung ada peluang untuk menerokai tawaran terkini AFFIN, yang paling penting tetap berseronok, belajar, dan berinteraksi.
Jadi, kalau anda nak hujung minggu yang bukan sekadar lepak biasa, datang ke MITEC dan rasai sendiri AFFIN Universe. Lebih daripada 10 selebriti, pengalaman interaktif, dan hiburan sepanjang hari menanti, memang weekend upgrade level maksimum!

1 month ago
63












![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
