Twenty Fourty Six 2046 merupakan sebuah kafe pet-friendly yang terletak di Taman SEA, Petaling Jaya dan semakin dikenali sebagai port lepak santai dalam kalangan pencinta haiwan serta penggemar kafe estetik. Kafe ini menyediakan konsep ruang santai dua tingkat dengan gabungan menu fusion, coffee dan dessert dalam suasana yang selesa serta mesra pelanggan. Menariknya, pelanggan juga boleh membawa haiwan peliharaan mereka untuk lepak bersama di bahagian bawah kafe.
Kafe Pet-Friendly
@foodies_bearTwenty Forty Six 2046 cafe. Taman Sea PJ. Hidden gem, spacious and nice ambience. Cozy chill out place. #foodie #foodies #foodiesoftiktok #foodexploration #foodhuntingmalaysia #malaysianfoodie #malaysianfoodblogger #foodblooger #myfoodie #klfoodie #tamansea #pj #cafe #cafeculturemy #coffee #latte #pastry #pasta #don #foodiesbear #fyp #fypシ #foodiesbear
Menurut hantaran video Tiktok dari akaun @foodies_bear, Twenty Fourty Six 2046 terletak hanya beberapa minit dari Lebuhraya LDP dan berhampiran kawasan SS2. Walaupun lokasinya sedikit tersorok, suasana di sini memang selesa dan tenang kerana dikelilingi kawasan perumahan serta lot kedai kecil.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kafe, pengunjung akan disambut dengan suasana mesra haiwan peliharaan. Memang normal untuk dengar bunyi anjing bermain atau menyalak kecil kerana kafe ini sememangnya pet-friendly.
Namun jangan risau soal kebersihan kerana pihak kafe turut menetapkan beberapa house rules bagi memastikan suasana kekal selesa untuk semua pelanggan.
Ruang “No Pet” Untuk Yang Mahu Privasi
Gambar: Facebook @Twenty Fourty Six 2046Menariknya tentang Twenty Fourty Six 2046, kafe ini mempunyai dua tingkat dengan konsep berbeza. Bahagian bawah dikhaskan untuk pelanggan bersama haiwan peliharaan mereka, manakala tingkat atas pula lebih tenang dengan konsep “no pet zone”.
Jadi kalau kalian datang sekadar mahu buat kerja, tengok movie atau lepak sambil minum kopi tanpa gangguan bunyi haiwan, tingkat atas memang lebih sesuai.
Rekaan dalaman kafe pula tampil minimalis dan kemas dengan pencahayaan semula jadi yang menjadikan ruang nampak lebih cozy dan selesa untuk bergambar.
Menu Fusion Jadi Tarikan
Gambar: Facebook @Twenty Fourty Six 2046Selain suasana, antara sebab ramai repeat datang sini mestilah kerana menu mereka yang pelbagai.
Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah Bali-style Fried Chicken Rice. Hidangan ini hadir bersama ayam goreng rangup, sambal, telur mata dan ulam gaya Indonesia yang dikenali sebagai urap.
Ramai suka kombinasi rasa pedas, lemak dan sedikit manis dalam hidangan ini, ditambah pula ayam yang garing di luar tetapi masih juicy di dalam.
Selain itu, pasta 2046 Don juga antara menu popular di sini. Hidangan spaghetti ini diinspirasikan daripada cita rasa Jepun dengan gabungan tempura udang, bonito flakes dan rumpai laut yang memberikan rasa unik tetapi masih mudah dinikmati.
Kalau datang untuk coffee dan dessert pula, jangan lepaskan peluang cuba Original Cheesecake mereka yang sering mendapat pujian pelanggan.
Sesuai Untuk Lepak Santai Hujung Minggu
Twenty Fourty Six 2046 memang sesuai dijadikan port santai untuk brunch atau lepak hujung minggu bersama kawan, pasangan mahupun haiwan peliharaan.
Walaupun kadang-kadang suasana boleh jadi sedikit bising apabila banyak haiwan berada di bawah, pengalaman keseluruhan di sini masih menyeronokkan terutama bagi pencinta haiwan.
Maklumat Twenty Fourty Six 2046
Lokasi: 54, Jalan SS 23/11, Taman SEA, Petaling Jaya
Waktu Operasi:
- Isnin, Rabu & Khamis: 10 pagi – 6 petang
- Jumaat – Ahad: 9.30 pagi – 9 malam
- Selasa: Tutup
Kalau kalian sedang cari kafe pet-friendly di PJ yang selesa, cantik dan ada pilihan makanan menarik, tempat ini memang patut cuba.

10 hours ago
7











![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)





















![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)







![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)



![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)



