Respons Sinis Dato’ M. Nasir Di Threads DMA Islam Jadi Bualan- “Dato’ Jadi Naga Baru Tau”

4 hours ago 5

Nampaknya kenyataan kontroversi yang dimuat naik oleh pempengaruh DMA Islam di Threads telah meraih perhatian dalam kalangan warganet. Apa yang dapat MURAI simpulkan, kenyataannya itu seperti menyamakan golongan anak seni sebagai “bodoh”.

Tak dinafikan ramai yang memberi respons terhadap kenyataan DMA Islam, atau nama sebenarnya Danial Mirza, termasuklah penyanyi lagenda tanah air iaitu Dato’ M. Nasir.

Foto – @dma_islam (Threads)

Tidak membalas dengan balasan panjang, penyanyi itu hanya membalas dengan ayat pendek iaitu, “Ok anak sains”. Respons yang cukup pendek dan sinis itu terus menjadi tular dan mendapat pujian ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rara-rata warganet berpendapat bahawa kenyataan DMA itu sebagai keterlaluan dan tidak menghormati sumbangan anak seni dalam industri hiburan tempatan.

“Anak seni tak bodoh. Anak seni berbakat. Tak semia mampu menjadi kreatif.”

“Tak baik gelar macam tu. Seni ni bukan 100% pada hiburan semata. Seni lukis, seni kaligrafi, seni khat, seni perniagaan pun termaktub dalam konteks seni. If u said anak seni, means u macam kaitkan semua yang tiada kaitan.”

Malah pada masa yang sama, ada juga yang terhibur membaca komen pendek Dato’ M. Nasir itu, yang dianggap bijak menangani isu tanpa perlu berbalas panjang. Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |