Pelakon, Norman Hakim menitipkan rasa syukur melihat anak-anaknya iaitu Marissa Dania Maria Danisha yang bakal menyambung pelajaran dalam jurusan yang sama dalam Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan.
Norman menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa perancangan asal adalah temujanji pendaftaran untuk Maria Danisha. Namun, pihak universiti telah memberi cadangan laluan pengajian bersama buat Maria serta kakaknya, Marissa Dania.
“Perancangan asal adalah temujanji pendaftaran untuk Maria. Tapi bila pihak universiti cadangjan satu laluan pengajian bersana buat Maria dan kakaknya Marissa, bermula dari program Diploma hingga ke peringkat Bachelor setelah melihat keputusan SPM Marissa sebelum ini pun memberansangkan dan penerimaan Marissa sangat positif di atas proposal yang dicadangkan, maka perancangan asal terus berubah.
Kedua-duanya akan mengambil jurusan yang sama dalam Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan. Hanya pada peringkat Bachelor akan lebih khusus pada Accounting buat Maria dan Human Resources buat Marissa InsyaAllah.”-kongsi Norman Hakim di Instagram
“Satu Keputusan Yang Terbaik..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah buat Marissa dan Maria, malah ramai yang mendoakan agar mereka berdua akan terus berjaya dalam pengajian selain menjadi wanita yang bijak.
“Alhamdulillah finally sambung belajar, anak-anak Norman Hakim dan Abby Abadi ni bijak-bijak semuanya tapi macam takde hala tuju. Ini yang terbaik, gunakan peluang ini untuk tuntut ilmu. Ubah masa depan yang lebih baik. Tahniah papa, kerana ada untuk mereka. All the best girls, enjoy college life!.”
“Tahniah pada kedua-duanya. Usia muda adalah usia pembelajaran. Jadi kejar duit dan cita-cita, dan kemudian akan datang jodohnya 😍.”
“Belajar tinggi-tinggi dik. Lelaki tak guna banyak luar sana nak gunakan kita. Sebaiknya kita jadi perempuan terbaik dan InsyaAllah, lelaki yang baik-baik akan hadir dalam hidup kita, sama-sama jalan sampai syurga nanti okay.”
“Alhamdulillah satu keputusan yang terbaik. Study smart. Moga berjaya dengan cemerlang. Jadilah wanita yang bijak!.”
Apa komen anda?

5 hours ago
6







![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)

























![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)








![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)




![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)

