Siapa yang tak teruja apabila melihat persembahan bertenaga dan penuh koreografi? Itulah yang dirasai seorang peminat apabila mengimbau persembahan lagu Anggerik yang pernah dipersembahkan oleh penyanyi Mimi Fly dan Aisha Retno sehingga meninggalkan kesan mendalam.
Menerusi ruangan komen media sosial di threads, peminat tersebut secara terbuka mencadangkan agar Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bekerjasama dengan Mimi Fly dan Aisha Retno bagi aspek koreografi serta susunan muzik untuk konsert akan datang.
“Dato Siti boleh tak bekerjasama dengan Mimi Fly & Aisha Retno untuk koreografer & arrangement lagu. Masih goosebump tengok persembahan Anggerik hari tu dan tak puas. Kita bayangkan kalau Dato Siti yang nyanyi dan menari tu, kompem nangis,” tulis peminat berkenaan.
Namun, jawapan spontan Siti ternyata lebih mencuri perhatian ramai.
Dengan nada berseloroh, penyanyi kesayangan negara itu membalas:
“Kongkanglah saya menari.. yang kuban-kuban je dia mintak ye.. Acik dah masuk 50 tahun dik..”
Respon santai dan merendah diri itu membuatkan ramai peminat terhibur. Ada yang menganggap Siti masih mampu memberikan persembahan bertenaga seperti dahulu, manakala ada juga yang memahami gurauan penyanyi itu yang kini sudah memasuki usia 50 tahun.
Walaupun enggan membayangkan dirinya menari secara intensif di atas pentas, ramai percaya aura persembahan Siti tidak pernah pudar. Malah, kekuatan vokal, karisma serta pengalaman luasnya sudah cukup untuk membuatkan ribuan penonton terpukau setiap kali beliau muncul di pentas.
Siti baru sahaja mengumumkan bakal mengadakan Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan. Sebelum ini, pada 10 Januari lalu, Siti turut mencipta sejarah apabila Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berjaya menghimpunkan kira-kira 65,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekali gus membuktikan pengaruh dan sokongan luar biasa yang masih diterimanya sehingga hari ini.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 hours ago
4



















![[REVIEW] The Grand Slam Unplugged 2: Bukan Sekadar Konsert, Ia Seperti Mesin Masa Buat Peminat Slam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-22-at-13.22.05.webp)












![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)